suria

"Sushi ada pulut ikan masin"! Nak tergelak tapi keliling ada orang, 2 beranak bikin kecoh pertama kali cuba makanan Jepun... pelik tengok adik ipar berpiring-piring

Siti Mariyam dan anaknya pertama kali menikmati sushi.

SETIAP individu mempunyai selera yang berbeza.

Ada yang gemarkan makanan Melayu, menu masyarakat Cina, India, barat, Jepun, Korea dan lain-lain.

ARTIKEL BERKAITAN : Mulanya suka-suka, lepas tu pantang dengar kawan teringin... siswi UiTM gigih hasilkan gubahan unik McD, alat dapur sampaikan rempah pun ada!

ARTIKEL BERKAITAN : Panik! Baru 2 hari sambut hari lahir, budak 2 tahun pucat tak bermaya akibat tertelan syiling... X-ray dah nampak tapi tak keluar-keluar!

Kata orang, tak kenal maka tak cinta - dan macam mana lagi nak kenal kalau kita tidak pernah mencuba.

Mungkin itulah yang difikirkan seorang wanita bersama ibunya ketika mereka membuat keputusan untuk mencuba sendiri hidangan Jepun yang cukup terkenal, iaitu sushi.

"Buat hal la mak dekat sushi ada pulut ikan masin kabonya (katanya)," tulis, Norhayati Bokhri yang geli hati melihat gelagat ibunya, Siti Mariyam Dolah, 54 sewaktu mereka mengunjungi sebuah kedai sushi di Muar, Johor.



Siti Mariam menyangkakan sushi salmon adalah ikan masin dengan pulut.

Bercakap kepada mStar, Norhayati yang mesra dipanggil Yatie berkata, video gelagat ibunya itu dirakam pada 23 Oktober lalu iaitu ketika mereka berkunjung ke Johor bagi menghadiri majlis perkahwinan adik keduanya.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia, ibu, adik dan adik iparnya mengunjungi sebuah pusat membeli belah bagi menemani adik iparnya yang ingin membeli seluar serta kek sempena hari jadi pengantin lelaki.

Mengakui tidak pernah merasa sushi seumur hidupnya, Yatie berkata, dia dan ibunya dipelawa untuk mencuba hidangan tersebut oleh adik iparnya.

"Masa tu memang kali pertama saya dengan mak masuk kedai sushi itupun sebab adik ipar yang ajak masuk.

"Kebetulan pula adik saya ada nak jumpa kawan dalam restoran tu.

"Masa mak cakap ada pulut ikan masin tu, kami nak gelak kuat tapi kiri kanan, depan belakang ada orang," katanya, menambah bahawa "pulut ikan masin" tersebut sebenarnya adalah sushi ikan salmon.



Yatie seronok dapat meluangkan masa bersama ibunya.

Katanya dia dan ibunya memilih untuk berkongsi sushi salmon yang lalu dihadapan mereka namun, jelasnya, hidangan tersebut kurang kena dengan selera mereka.

"Mak amek sushi salmon kemudian dia bahagi dua, mak makan sebelah saya makan sebelah.

"Tapi itu je lah yang saya dan mak makan.

"Kami kurang minat, jadi memang tak usik yang lain lagi dah, adik ipar saya je yang makan berpiring-piring," katanya.



Siti Mariam (kanan sekali) berada di Johor untuk menghadiri majlis kahwin anak keduanya.

Video mereka mencuba makanan tersebut yang dikongsikan Yatie di aplikasi TikTok mendapat hampir 150,000 tontonan.



Yatie yang menetap di Selangor merupakan seorang penjual dalam talian.

Menurut Yatie, selain menemani adiknya iparnya membeli seluar, dia turut mengambil kesempatan itu untuk bergurau senda bersama ibunya memandangkan mereka tinggal berasingan.

"Saya dan mak tak duduk sekali, saya tinggal di Subang Jaya, Selangor manakala mak tinggal di Felda Keratong 8, Pahang.

"Mak memang suka layan anak-anak, dia memang jenis yang ceria tapi tegas orangnya," ujar Yatie yang menjalankan perniagaan menjual minyak wangi ekslusif L'amour di media sosial.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain