suria

Panik! Baru 2 hari sambut hari lahir, budak 2 tahun pucat tak bermaya akibat tertelan syiling... X-ray dah nampak tapi tak keluar-keluar!

Firraa Delisha tertelan duit 10 sen.

SEPASANG suami isteri berdepan situasi mendebarkan apabila anaknya yang baru berusia dua tahun tertelan duit syiling 10 sen.

Lebih membimbangkan duit tersebut kini masih belum berjaya dikeluarkan selepas tiga hari berada di dalam tubuh kanak-kanak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa macam nak pengsan” - Hampir 2 tahun terkandas di luar negara, selepas pulang wanita tergamam tengok kediaman jadi ‘rumah hantu’

ARTIKEL BERKAITAN: Hati terpaut saat buat rawatan gigi, gurauan si doktor serlah sisi baik calon suami.... benarlah bagai dikata ‘jodoh itu rahsia Allah’

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak malang tersebut Munira Alia Nasir, 28, berkata anaknya, Firraa Delisha Mohd Firdaus sedang memegang duit syiling terbabit sambil berbaring sebelum duit tersebut termasuk ke dalam mulutnya.

"Kejadian berlaku dalam pukul 10 malam pada 15 November, masa tu daddy dia masuk bilik tapi tak sampai 10 minit dia bawa keluar Firraa dalam keadaan tak bermaya.

"Muka Firraa pucat lepas tu dia lemah, jadi saya cepat-cepat bangun tonggengkan dia, pegang kaki dia kepala ke bawah, saya kocak-kocak dia panggil nama dia.

"Alhamdullilah Allah masih panjangkan umur dia, dia muntah tapi duit tu tak keluar," katanya yang menetap di Setapak di ibu negara.



Firraa Delisha (dipeluk ayahnya) bermain dengan duit syiling dalam keadaan baring.

Mesra di panggil Ira, ibu muda tersebut berkata, suaminya, Mohd Firdaus Mohd Azam, 30 cuba untuk menarik keluar duit terbabit namun usahanya gagal.

Tambahnya, ujian X-ray yang dilakukan menunjukkan duit syiling telah masuk ke usus anak bongsunya itu.

"Daddy dia cuba nak tarik tapi duit tu dah masuk dalam.

"Lepas dia muntah tu nampak dia okay, dia minta air. Kami bawa juga ke Hospital Kuala Lumpur tapi ramai orang, jadi nurse cakap lama kena tunggu dalam lima jam, jadi kami terus cari klinik 24 jam, tapi tak boleh X-ray malam-malam, jadi keesokkannya baru X-ray di hospital swasta.

"Duit tu memang ada tapi dah masuk usus, Jumaat ni akan X-ray lagi sekali harap-harap keluar la syiling tu sebelum Jumaat ini," katanya.



Hasil X-ray yang dilakukan menunjukkan syiling tersebut kini berada dalam usus Firraa.

Menurut Ira, sekiranya duit tersebut tidak dapat dikeluarkan, Firraa terpaksa dirujuk ke hospital untuk menjalani proses pembedahan.

"Doktor minta kami pantau najis dia insyaAllah akan keluar tapi kalau tak keluar juga Jumaat ni dia akan di refer ke hospital untuk bedah.

"Setakat hari ini (18 November) masih belum keluar lagi, seharian kami tunggu dia buang air.

"Doktor tak ada bagi ubat apa-apa cuma kami bagi dia makan betik dan makan macam biasa seperti yang disarankan doktor," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Bersyukur Allah masih panjangkan umur anaknya, Ira berkata dia berharap ibu bapa diluar sana boleh menjadikan pengalaman ngeri yang menimpa mereka ini sebagai pengajaran.

"Ni kali pertama benda ni jadi memang malam tu kami menangis juga la.

"Pada 13 November tu birthday dia, kejadian berlaku dua hari kemudian, jadi dia yang bagi suprise dekat mummy daddy dia.

"Semoga dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa, doakan anak saya semoga syiling tu keluar dalam masa dua tiga hari ni," katanya yang merupakan seorang peniaga dalam talian.



Firraa memalingkan muka apabila dihulur duit syiling.

Menurut Ira, Firraa aktif seperti biasa namun kanak-kanak tersebut kini trauma dengan wang syiling.

"Kami cuba hulur syiling pada dia tapi dia cepat-cepat jawab tak nak lepas tu pusing kepala, fobia mungkin," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain