suria

Tiket parking lebih RM1,000, sanggup ke bayar? Gadis selamba pandu keluar pasar raya, mesin OK tapi palang parkir rosak... macam kena scam!

Kad parking tersebut sebenarnya tiket lama yang masih disimpan Aira.

BAYANGKAN perasaan korang bila nak bayar tiket parking tengok-tengok harganya melebih RM1,000!

"Ingat siakap je mahal, parking pun sama," komen salah warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa macam nak pengsan” - Hampir 2 tahun terkandas di luar negara, selepas pulang wanita tergamam tengok kediaman jadi ‘rumah hantu’

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bersedih tanggung rindu, ibu kembali ceria jumpa ‘kembar’ arwah anak ketika naik cruise - “Suami beranikan diri tegur pemuda tu”

Pemilik hantaran tersebut yang hanya dikenali sebagai Aira Azmi, 25 bagaimanapun mendakwa kad tersebut sebenarnya tiket parking lama yang masih dalam simpanannya.

Menurut Aira, tiket parking di Aeon Bukit Indah, Johor tersebut sudah lebih dua bulan berada dalam simpanannya.

"Akak dah lama tak pergi Aeon. Masa hari kejadian tu waktu nak bayar parking akak terjumpa tiket lama yang masih terselit dalam kereta.

"Masa tu acah-acah la masukkan kad lama tu pada mesin pembayaran, tak sangka tetap keluar harga," katanya.

Menurut Aira, dia berkunjung ke pasar raya tersebut bersama rakannya untuk 'cuci mata' sambil meluangkan masa bersama-sama untuk makan di sana.

Saya cakap kena "scam" sebab kita dah penat bayar tiket, tiba-tiba nak keluar palang memang terbuka.

AIRA AZMI

Menjawab persoalan bagaimana dia boleh membawa keluar keretanya sebelum ini, kata Aira sebenarnya dia telah menjelaskan bayaran tiket parkir tersebut iaitu sebanyak RM2 tetapi dia tidak menggunakannya kad tersebut semasa keluar memandangkan palang di tempat letak kereta tersebut tidak berfungsi.

"Saya boleh keluar je masa tu sebab palang besi tu memang sentiasa terbuka.

"Sebab tu saya cakap kena "scam" sebab kita dah penat bayar tiket, tiba-tiba nak keluar palang memang terbuka," katanya yang menetap di Perling, Johor Bahru.

Menurut Aira lagi, dia sengaja membuat keputusan untuk menyimpan kad parking tersebut sebagai kenang-kenangan.

"Mula-mula nak buang tiket tu tapi cari tong sampah tak jumpa, jadi saya simpan je sebagai kenangan," katanya.

Setakat ini, video harga kad parking yang dikongsikannya semula di aplikasi TikTok itu mendapat lebih setengah juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
tiket parking, aeon, harga, mahal

Artikel Lain