suria

Amboi sakan! Baru 9 tahun dah mengaku dating dengan awek waktu rehat di sekolah, si abang selamba dedah rahsia adiknya ada buah hati sejak darjah 1

Luqmaanul dengan jujur mengakui bahawa dia rehat bersama "aweknya".

KEJUJURAN seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang mengaku 'dating' bersama 'awek' pada waktu rehat ternyata mengelikan hati warga maya.

"Tengok adik aku guys, tak pakai mask jalan dengan awek, apa nak jadi," tulis Muhammad Khairul Hakimi Mohd Shamsul, 19 dalam sebuah video yang dimuat turunnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Panik! Baru 2 hari sambut hari lahir, budak 2 tahun pucat tak bermaya akibat tertelan syiling... X-ray dah nampak tapi tak keluar-keluar!

ARTIKEL BERKAITAN : Suamiku si pemandu monorel! Wanita tak sangka ‘dijemput’ pulang kerja, selepas 2 tahun baru dapat ‘bertemu semula’ di stesen... kali ini lengkap pergi balik

Adiknya, Luqmaanul Hakim Mohd Shamsul, 9 ketika disoal abangnya mengenai siapa yang menemaninya semasa makan pada waktu rehat tanpa segan silu mengaku dia bersama rakan dan disebelahnya adalah dan 'aweknya'.

"Adik dia jujur wey!" komen seorang warga net.

Bercakap kepada mStar, Khairul Hakimi yang mesra dipanggil Kimi berkata dia tidak menyangka adiknya akan memberi jawapan yang penuh dengan kejujuran itu.

"Masa tengok dia jalan tu fikir amboi budak ni, kecik-kecik dah menggatal.

"Orang suruh pergi mengaji (belajar) dia pergi cari awek, sebenarnya memang dari darjah satu lagi dah ada awek.

"Tapi itulah tak sangka dia jawab macam tu, ingatkan dia nak cakap makan dengan kawan," katanya, yang menetap di Langkawi, Kedah.



Luqmaanul (baris depan kiri), Kimi (baris depan kanan) bersama keluarga mereka.

Anak ke dua daripada empat beradik ini berkata, budak perempuan yang kelihatan berjalan disamping adiknya itu bagaimanapun bukanlah "awek" adiknya.

"Yang tu bukan girlfriend dia, girlfriend dia orang lain, yang makan sekali dengan dia," katanya, menambah, dia sering meluangkan masa mengambil adiknya itu dari sekolah.



Kimi selalu menjemput adiknya dari sekolah.

Menurut Kimi, hubungan mereka empat beradik sememangnya akrab sejak dahulu lagi dan dia gemar menyakat adik beradiknya yang lain.

"Kami dua lelaki, dua perempuan, memang semua rapat. Kimi memang suka sakat depa," katanya.

Mengakui dirinya juga sudah berpunya, Kimi berkata, video yang dikongsinya di laman TikToknya itu turut menarik perhatian ibu mereka.

"Kimi tak report dekat mak tapi dia sendiri nampak video tu di TikTok.

"Dia cakap amboi, sakan," katanya, yang mempunyai perniagaan cuci karpet.

Setakat ini, video yang dikongsikan seminggu yang lalu itu sudah mendapat lebih dua juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
dating, adik, sekolah, rehat, awek

Artikel Lain