suria

Isteri bengang hidup ‘bermadu’! Si gebu tak segan silu bermanja, rampas kasih sayang suami... paling geram suka ‘kacau daun’ masa tidur

Fluffy yang berusia empat tahun kini menjadi penghibur hati Fatin dan suaminya yang masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata mereka sendiri.

ISTERI mana yang tak panas hati bila pasangan hidupnya 'dikebas', malah si 'perampas' tanpa segan silu melakukan aksi manja bersama suami.

Situasi kali ini bagaimanapun sedikit berbeza kerana 'perampas' tersebut bukanlah wanita lain tetapi merupakan seekor kucing jantan gebu.

Sering berkongsi video aksi manja suaminya Mohd Shafiza, 31, dengan kucing peliharaan mereka di laman TikTok, Fatin Rehanna Yusof yang juga berusia 31 tahun berkata, haiwan kesayangan mereka itu diberi nama Fluffy.

ARTIKEL BERKAITAN : Wah, ustaz pun nak sado juga? Guru agama ini ke gim 6 hari seminggu... janji jaga aurat, tunjuk contoh baik kepada pelajar

ARTIKEL BERKAITAN : Sekolah sampai Form 3, kemudian kerja kilang elektronik... pemuda ini buat ramai terpegun dengan sentuhannya selepas jadi ‘mat bunga’

Menurut Fatin, sebelum menawan hati suaminya, Fluffy terlebih dahulu sudah 'buat hal' apabila berjaya mengubah pendiriannya untuk tidak ingin lagi membela kucing.

"Saya bela Fluffy sejak 2019 masa tu umur dia dua tahun, saya sambung adopt daripada rakan sepejabat saya yang kena transfer ke Sarawak.

"Memandangkan dia tak dapat nak bawa Fluffy jadi saya setuju untuk sambung jaga.

"Sebelum nak jaga Fluffy, saya fikir banyak kali sebab saya dah berjanji dengan diri tak nak bela kucing dah sebab kucing kesayangan saya mati pada tahun 2017... tapi bila tengok Fluffy saya jatuh hati," katanya ketika dihubungi mStar.



Fluffy berhari raya pertama bersama dengan Fatin dan Shafiza.

Fluffy yang berusia empat tahun kini menjadi penghibur hati Fatin dan suaminya yang masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata mereka sendiri.

"Bila saya tanya suami boleh ke nak jaga Fluffy, dia terus bagi kebenaran sebab saya tinggal seorang dan belum ada rezeki anak lagi.

"Fluffy boleh jadi peneman semasa suami tak ada di rumah dan Alhamdullilah, dia memang penghibur hati saya... selalu saya minta dia doakan saya setiap kali bagi dia makan," katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor sementara suaminya bekerja dan menetap di Johor.

Menurut Fatin, walaupun manja dengan dirinya, perangai Fluffy akan berubah setiap Shafiza pulang ke rumah mereka di Shah Alam.

"Dia manja dengan saya tapi bila suami tak ada je, bila suami balik, saya panggil dia pun dia buat tak pandang je.

"Minta makan pun dekat suami, tak minta dekat saya dah.

"Lagi satu setiap hari pukul 6 pagi dia akan masuk bilik kejutkan untuk minta makan, selagi tak bangun selagi tu dia kejut. Tapi ini hanya berlaku bila suami ada dengan saya je... dia kejut suami walaupun saya ada dekat sebelah," ceritanya.

Menurut Fatin, Fluffy yang berbaka campuran Persian dan Mainecoon ini amat gembira setiap kali bulunya disikat Shafiza.

"Suami saya pegang je sikat dia akan terus berlari pergi dekat suami nak suruh brush bulu dia," katanya.

Video aksi manja Fluffy 'minta' didukung oleh Shafiza setiap kali keluar kereta pernah tular sebelum ini.

Malah video aksi tersebut juga pernah dikongsikan di Instagram mStar.

Bercerita mengenai rutin si bulus itu, Fatin berkata mereka sering membawa Fluffy keluar berjalan-jalan dengan kereta.

"Setiap kali suami balik memang akan bawa Fluffy keluar ke taman, drive-thru atau jalan jalan-jalan tengok lampu, dia langsung tak takut duduk dalam kereta, chill je.

"Dan memang dari hari pertama bawa dia jalan-jalan, kami selalu dukung sebab tak nak dia merayau dekat area parking.

"Lama-lama dah jadi rutin, dia pun faham, buka je pintu kereta, dia dah ready untuk didukung keluar," ceritanya.



Fluffy gemar keluar berjalan-jalan menaiki kereta bersama-sama tuannya.

Mengakui 'geram' melihat keakraban suaminya dan Fluffy, Fatin bagaimanapun, gembira melihat layanan suaminya terhadap kucing kesayangan mereka itu.

"Ada sekali tu Fluffy tak banyak minum air, jadi suami risau, terus ambil gelas dan sudu suap dia air depan saya yang tengah tengok televisyen, geram je saya tengok mereka berdua bermanja terang-terangan depan saya.

"Tapi saya happy, sebab suami tak pernah bela apa-apa sebelum ni tapi dia sayang Fluffy macam anak dia sendiri," katanya.



Fluffy minta perhatian daripada tuannya.

Menurut Fatin, Fluffy turut 'berbulu' apabila melihat dirinya dan Shafiza menghabiskan masa bersama menonton televisyen.

"Fluffy macam jealous kalau tengok kami, contoh tengah tengok televisyen berdua dekat sofa, Fluffy akan datang buat show dekat depan meja TV, dia macam nak cakap Hello, notice me please!" selorohnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain