suria

Tak boleh travel ke luar negara, keluarga ini ‘order’ motorhome dari UK... kini sedang ‘layan’ percutian sekitar Terengganu

Tujuan utama bapa Alya mahu memiliki sebuah motorhome adalah bercuti sambil menikmati keindahan alam bersama isterinya dan anak-anak.

"JAUH perjalanan, luas pemandangan," itulah ungkapan yang sesuai dikaitkan dengan individu atau keluarga yang suka menjelajah dan meneroka tempat baharu.

Namun bagi wanita ini pula, keluarganya yang juga 'kaki travel' meluangkan masa bersama sambil menikmati keindahan alam dengan sebuah motorhome.

Perkongsian video yang meraih hampir 450,000 tontonan di TikTok itu menunjukkan mereka sekeluarga bercuti dengan motorhome, selain kemudahan yang ada di dalam kenderaan tersebut turut dikongsi.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke siri animasi popular Jepun turut dapat sentuhan anak tempatan? - “Manalah kami tahu Dragon Ball ni akan jadi legenda”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini terkejut jadi saksi kejadian Myvi ‘naik bukit’, dengar cerita ada adegan tarik rambut - “Tetap tolong walau takut kereta tergolek”

Berkongsi cerita dengan mStar, Alya Dalila Ahmad, 23, berkata, minat ahli keluarganya yang suka berjalan sambil menikmati keindahan alam menjadi menjadi sebab utama mereka mempunyai sebuah motorhome.

Jelasnya, motorhome yang dibeli dari United Kingdom (UK) itu baru sahaja menjadi milik bapanya, Ahmad Abdullah, 52, setelah selesai melalui segala prosedur penting yang mengambil masa hampir sembilan bulan sejak ia mula ditempah.

"Kami sebenarnya sekeluarga memang suka travel dan minat buat aktiviti luar. Disebabkan sekarang pergerakan terhad dan rasa kurang selamat untuk menginap di hotel, maka bercuti dengan motorhome adalah salah satu pilihan.

"Motorhome ni ayah beli dari UK memandangkan harganya jauh berbeza jika dibeli di Malaysia. Bermula dari Januari sehingga selesai segala prosedur JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer), akhirnya motorhome ini jadi milik ayah pada awal September lalu.

eds

Ahmad membawa keluarganya berkhemah di sekitar kawasan Terengganu dengan menggunakan motorhome dan pacuan empat roda.

"Memang seronok ada motorhome ni sebab ia satu pengalaman baru dan sangat memudahkan. Boleh camping bila-bila masa je kerana dilengkapi kemudahan seperti dapur, peti sejuk, katil dan tandas.

"Kebiasaannya kami akan travel sekeluarga dengan motorhome dan kenderaan 4x4. Ayah pandu motorhome dan abang pula bawa kereta lagi satu," katanya yang berasal dan menetap di Kuala Terengganu.

Mesra disapa Alya, katanya, memiliki sebuah motorhome adalah impian bapanya yang mahu menjelajah bersama ibunya, Noora Fauzi Abdul Hamid, 52, yang kini berkhidmat sebagai pendidik apabila mereka berdua bersara tidak lama lagi.

Namun disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), motorhome yang boleh memuatkan antara tiga hingga lima individu tersebut setakat ini digunakan untuk berkhemah bersama keluarga di lokasi menarik sekitar Terengganu.

IMG_9212

Mereka sekeluarga bermalam selama dua hari satu malam di Pantai Bukit Keluang.

"Ayah memang dah lama bercita-cita untuk memilikinya sebab nak travel bersama ibu bila dah bersara dari kerja offshore nanti. Impian untuk travel dengan motorhome di luar negara pun masih tak kesampaian disebabkan Covid-19.

"Jadi buat masa sekarang ni ayah bawa kami jalan-jalan menikmati keindahan alam dekat-dekat sini dulu. Kami baru je tiga minggu travel sekeluarga dengan motorhome dan tempat yang kami pergi ni semua masih lagi berada dalam negeri Terengganu.

"Bulan ni saja kami berkhemah di Pantai Bukit Keluang, Pantai Penarik, makan tengah hari di Tasik Kenyir dan insyaAllah lepas ni nak berkhemah di Pantai Seberang Marang pula.

Sekarang SOP perlu dijaga tak kiralah kalau kita travel berseorangan atau bersama keluarga.

ALYA DALILA AHMAD

"Bila rentas negeri dah dibenarkan, ada banyak lagi tempat yang dah ada dalam senarai kami untuk diteroka. Alhamdulillah setakat ini semua tempat yang kami tuju itu mempunyai tempat parking yang sesuai untuk motorhome.

"Cuma dengan motorhome ni parking memang akan jadi satu masalah jika kawasan tersebut sempit terutama sekali di kawasan bandar," ujarnya yang bekerja sebagai eksekutif sumber manusia sebuah syarikat di Kuala Terengganu.

Menurut anak kedua daripada lima beradik ini, dia sangat menyarankan agar orang ramai terutama 'kaki travel' untuk bercuti bersama motorhome memandangkan tapak perkhemahan semakin bertambah di negara ini.

Tambahnya lagi, bercuti dengan cara ini juga dapat membantu mengurangkan risiko terkena jangkitan Covid-19 kerana masing-masing hanya akan menggunakan kemudahan motorhome dan percutian melibatkan ahli keluarga atau orang terdekat sahaja.

"Kalau ada yang berminat dengan motorhome ni saya memang galakkan sangat sebab ia bukan sesuatu yang baru di luar negara. Cuma negara kita baru mula nak berkembang.

"Saya tengok camp site pun dah banyak... seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

DE

Antara kemudahan yang ada di dalam motorhome mereka.

"Ada juga syarikat yang menawarkan khidmat sewa motorhome. Bila travel dengan motorhome ni kita hanya berada dalam kalangan ahli keluarga sendiri sahaja, sudah tentu ia memudahkan dari segi nak menjaga SOP.

"Sekarang SOP perlu dijaga tak kiralah kalau kita travel berseorangan atau bersama keluarga. Kalau boleh janganlah pilih tempat yang sesak kerana kita tak tahu status orang sekeliling macam mana," katanya sambil menambah kos untuk memiliki kenderaan ini adalah sekitar RM400,000 dan jika dibeli di Malaysia harganya lebih tinggi mencecah RM600,000.

Alya berkata setakat ini bapanya tidak bercadang untuk menyewakan kenderaan tersebut memandangkan ia adalah hadiah persaraan pemberian ibunya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain