suria

“Kalau diam tak bersuara, eloklah pergi periksa” - Ibu cuak anak buat hal masa suami out-station, dah sedia nak tidur sekali muncul muka merah

Ammara membuatkan ibunya terkejut apabila bermain dengan inai dan melumurkannya pada muka.

MENJAGA anak kecil bukanlah satu perkara yang mudah kerana segala perbuatan dan tindak tanduk mereka sukar dijangka.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang terkejut melihat wajah anak bongsunya berlumuran dengan cecair merah.

Rakaman mengenai 'insiden' itu yang dimuat naik oleh wanita berkenaan setakat ini meraih hampir 800,000 tontonan di aplikasi TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Sabar ajelah! Selalu kacau si kembar baru tidur, ‘culik’ bawa balik rumah... anak layankan saja perangai atuk nakal suka sakat cucu

ARTIKEL BERKAITAN: Birthday anak, tapi bapa dapat hadiah! Suri rumah tak sangka mampu hadiahkan kereta Honda walau tak sampai setahun jual ubat kurus

Bercerita lebih lanjut kepada mStar, Siti Norehan Muhamad, 29, berkata, kejadian berlaku di rumah mereka pada Selasa lalu sewaktu dia mahu menidurkan anaknya, Ammara Aisyah Muammar Ghaddafi yang berusia satu tahun.

Katanya, walaupun pada waktu itu adalah masa untuk empat anaknya tidur, namun puteri bongsunya itu masih lagi mahu bermain di bilik kakak sulungnya yang berusia tujuh tahun.

"Kejadian berlaku lebih kurang jam 10.30 malam, waktu itu memang sudah tiba masa tidur anak-anak saya. Saya dah masuk dalam bilik tapi Ammara belum nak tidur lagi.

"Jadi dia keluar dari bilik saya dan masuk ke dalam bilik kakaknya. Lama jugalah dia di situ, tapi setengah jam lepas tu saya dengar anak sulung menjerit-jerit panggil saya.

IMG_9178

Ammara sendiri terkejut apabila melihat wajahnya di cermin.

"Mereka datang ke bilik saya dan masa tu la saya tengok Ammara dalam keadaan berlumuran cecair merah. Memang cuaklah sebab ingatkan luka, saya tahu ia bukan darah selepas ternampak dia pegang bekas inai," katanya yang menetap di Kuantan, Pahang.

Mesra disapa Siti, katanya, dia terus ketawa apabila menyedari wajah anaknya itu merah kerana 'mandi inai' dan bukannya darah seperti sangkaan awalnya.

Bercerita lanjut, Siti berkata Ammara juga nampak terkejut apabila melihat wajahnya sendiri di cermin sewaktu berada di dalam bilik mandi.

"Bila sedar yang benda tu inai, saya tak jadilah nak marah. Sempatlah tergelak besar tengok keadaan dia macam tu. kemudian baru saya bawa dia mandi di bilik air.

"Kesian juga tengok Ammara masa dia pandang dirinya di cemin bilik air, dia terkejut tengok diri sendiri dan senyap je sambil buat muka sedih.

IMG_9058

Siti pada mulanya menyangka wajah Ammar berlumuran dengan darah.

"Si kakak memang takut sebab tahu kalau saya marah dia yang mula-mula jadi sasaran saya. Mungkin kerana dia letak inai itu di atas rak TV yang rendah di dalam biliknya, jadi sebab itulah Ammara senang nak capai.

"Inai tu juga tumpah atas cadar dalam bilik dia, dah serupa darah dah saya tengok. Tapi tak ambil gambar kerana lebih gelabah tengok muka Ammara masa tu," katanya yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menurut anak ketiga daripada enam beradik itu, suaminya Muammar Ghaddafi Abd Hamin, 32, berada di Kota Kinabalu, Sabah dan menerima khabar tersebut menerusi video call.

Jelas wanita itu lagi, suaminya juga terkejut apabila melihat wajah anak bongsu mereka merah akibat kesan inai celup (sedia dipakai) yang diberi oleh emak saudara kepada anak-anaknya.

"Suami saya tak ada di rumah pada waktu itu, sebab dia out station. Jadi saya beritahu kejadian itu kepada suami melalui video call sahaja, abah mereka terkejut juga sebab tengok muka dah merah macam tu.

Mujur pada hari itu inai tersebut tak termasuk ke dalam mata anak saya.

SITI NOREHAN MUHAMAD

"Nasib baiklah tak ambil masa yang lama untuk hilangkan kesan inai tu, sebab saya terus mandikan dia dan sental dengan sabun.

"Tapi lebih kurang lima hari jugalah baru hilang sepenuhnya kesan inai tu," ujarnya.

Selepas kejadian itu, Siti menasihatkan anak sulungnya supaya lebih berhati-hati dalam soal penyimpanan barang kerana risau kejadian seperti ini akan berulang.

Malah dia juga menyarankan agar ibu bapa di luar sana untuk sentiasa memantau anak mereka supaya dapat mengelakkan dari berlakunya kejadian yang lebih membahayakan berbanding apa yang berlaku ke atas anaknya.

"Mujur pada hari itu inai tersebut tak termasuk ke dalam mata anak saya.

"Tak tahulah apa akan jadi kalau berlaku perkara itu, mesti akan jadi lagi panik. Kepada para ibu di luar sana, kalau anak kita duduk diam tak bersuara tu eloklah kita pergi periksa mereka.

IMG_9060

Suaminya juga terkejut apabila melihat wajah anak bongsu mereka berlumuran inai.

"Mereka masih lagi budak-budak dan hanya mahu bermain sahaja.

"Kita sebagai orang dewasa kena pastikan anak-anak tidak terdedah dengan bahaya," katanya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain