suria

Dr Say tak kisah kena jerit gara-gara iklan jamban, bunyinya lebih sedap dari berlakon MV judi raya - “Duit uncle terima bersih dari segi agama, kuman”

Dr Say (kiri) memberi pandangan berhubung iklan bertemakan Hari Raya yang mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.

IKLAN bertemakan Hari Raya yang mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian terus hangat diperkatakan.

Sejak Khamis minggu lalu, terdapat dua video iklan judi raya menjadi tular di media sosial sekali gus mencetuskan kemarahan masyarakat di negara ini.

Ia dianggap tidak sensitif berikutan promosi tersebut bukan sekadar menggunakan pelakon Muslim, malah dibuat ketika umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon iklan judi tema Hari Raya Aidilfitri hanya dapat upah RM180 seorang... dibebaskan atas alasan pekerja sambilan

ARTIKEL BERKAITAN: Upah RM20 lebih mahal... 4 pelakon MV judi raya dicekup, terima bayaran RM200 seorang

Seorang doktor selebriti turut berkongsi pandangan beliau mengenai penularan video muzik (MV) bertemakan Aidilfitri yang menggemparkan negara.

"Geleng kepala saya tengok kedua-dua MV tu. Bukan main happy pelakon-pelakonnya menyanyi dan menari. Yang menyedihkan adalah kerana pelakonnya Melayu kita.

"Saya tengok dah juga video penjelasan pelakon MV GDBet333 tu, katanya mereka tidak tahu menahu yang job mereka adalah untuk iklan judi sehinggalah pada hari shooting.

"Kata mereka, mereka cuba bersikap profesional by going with the flow apabila di set penggambaran tapi kalau rasa job tu bertentangan dengan agama, job tu akan mencemarkan imej anda dan kerja itu akan memberi kesan buruk, anda sepatutnya katakan tidak," tulis Dr Say Shazril di laman Instagram.



Salah satu babak dalam iklan yang menjadi tular di media sosial.

Dalam pada itu, Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Sharuddin turut berkongsi pengalaman beliau menjadi pelakon iklan bagi produk pencuci tandas.

"Alhamdullilah dah tiga tahun saya berlakon iklan jamban. Tiga tahun bukan GDBet333 atau IBC003 huhu. Saya tahu bukan glamor bila pergi jalan-jalan, ada budak kecil dengan selambanya menjerit 'Mak, tu yang berlakon iklan jamban tu kan?'.

"Tersenyum sinis je saya tapi sekurang-kurangnya dik, duit yang uncle terima bersih dari segi agama dan dari segi kuman," ujar doktor berusia 32 tahun itu.

Lantak pi tak dapat duit dan kena blacklist (disenarai hitam) dengan produksi atau klien daripada dapat duit haram dan kena blacklist dengan masyarakat

DR SAY SHAZRIL

Namun, Dr Say yang juga merupakan pengacara program Tanya Doktor dan My Doctors amat bersimpati dengan kesemua pelakon yang terlibat dalam iklan judi Aidilfitri berkenaan.

"Cukup kasihan kepada pelakon-pelakon video muzik tu. Yelah lepas ni kalau mereka pergi jalan-jalan ada budak kecil menjerit 'Mak tu yang belakon iklan judi tu kan?' tak ke memalukan?

"Sekurang-kurangnya sedap bunyi jamban daripada judi tak?" ujar bapa kepada seorang cahaya mata lelaki itu.



Dr Say memberi pandangan di laman Instagram.

Sehubungan itu, Dr Say menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan membuat keputusan yang bijak dalam memilih tawaran kerja.

"In a nutshell, choose your job wisely. Kalau saya di tempat mereka, saya walk away je.

"Lantak pi tak dapat duit dan kena blacklist (disenarai hitam) dengan produksi atau klien daripada dapat duit haram dan kena blacklist dengan masyarakat," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain