suria

Dah left, tapi buat grup WhatsApp lain pula... wanita kecewa suami ketagih sembang XXX - “Macam mana nak didik isteri dan anak?”

Wanita itu kecewa suaminya menjadi salah seorang ahli dalam grup WhatsApp lucah. (Gambar Hiasan)

MAKSIAT yang semakin menjadi norma biasa.

Begitulah gambarannya mengenai luahan seorang isteri mengenai sikap rakan-rakan suaminya yang suka bersembang perkara lucah dalam grup WhatsApp.

Menurut wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu, bukan sekadar perbualan malah mereka turut menghantar foto dan video lucah dalam grup berkenan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis risau dapat tahu tunang yang dianggap baik, tak pernah bersentuhan ‘layan’ porno... mahu jauhkan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Youtuber Alieff Irfan menyesal buat video kisah lucah ala Cikgu Suraya

"Normallah kan sekarang ni ada grup WhatsApp. Grup WhatsApp famili, hal kerja dan kawan-kawan.

"Suami saya ada satu grup dengan kawan-kawan. Sakit hati saya baca apa yang mereka sembang.

"Banyak sembang pasal perempuan lain. Kongsi video seks dan gambar-gambar lucah," luah wanita itu.

Kata wanita itu, dia kecewa dengan sikap rakan-rakan suaminya yang menjadikan perbuatan sembang lucah sebagai satu perkara normal. (Gambar Hiasan)

Ujar wanita itu, rakan suaminya memberi penjelasan bahawa aktiviti itu merupakan satu perkara normal dalam kalangan lelaki.

Malah, mereka turut bertindak membuat satu lagi grup WhatsApp lain dengan tujuan sama, dedah wanita itu lagi.

Saya kecewa sangat. Menangis saya. Grup WhatsApp tu ada lagi dalam telefon suami saya.

ISTERI

"Boleh pula kawan suami saya kata normal hal macam tu dalam grup WhatsApp lelaki.

"Tak payah ambil tahu sangat katanya. Tak lama lepas tu mereka buat grup lain. Sembang pasal hal itu juga.

"Saya diam-diam buang suami daripada grup itu. Tadi saya pandang telefon suami saya, Allahu luruh hati saya.

"Saya kecewa sangat. Menangis saya. Grup WhatsApp tu ada lagi dalam telefon suami saya. Saya dah buntu nak tolong suami saya," katanya.

Ujar wanita itu, rakan suaminya turut mencipta grup WhatsApp baharu untuk tujuan sama. (Gambar Hiasan)

Posting paparan skrin luahan hati wanita itu turut dikongsi ke Twitter sehingga meraih ribuan ulang kicau (Retweet).

Rata-rata pelayar Twitter turut menyelar tindakan kumpulan lelaki itu yang disifatkan tidak bermoral dan seolah-olah kurang didikan agama.

"Macam manalah nak didik isteri dan anak kalau pemimpin keluarga pun macam ni.

"Bila benda dah jadi budaya memang sangat susah nak putuskan rantai itu.

"Aku pun pelik. Memang wujud orang yang macam ni. Banyak gila benda lain kau boleh sembang," tulis netizen.

Sesungguhnya di bulan Ramadan yang mulia ini umat Islam seharusnya mengejar amalan baik untuk menambah keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Oleh itu, sebaikya ketua keluarga menjadi contoh terbaik untuk isteri dan anak-anak dengan sama-sama berpuasa, iftar sekeluarga serta bertarawih secara berjemaah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain