suria

Frontliners buat swab test untuk pekerja kilang tersentuh hati ketika nak solat Zohor, pondok kecil pak guard buat mereka sedar sesuatu!

Dr Sakinah (kiri) berkongsi pengalamannya melihat sebuah pondok pengawal ketika bertugas menjalankan ujian saringan Covid-19 di sebuah kilang. foto facebook Sakinah Sulong

PENINGKATAN kluster membabitkan tempat kerja menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Kes harian jangkitan virus itu naik mendadak sehingga mencatatkan rekod paling tinggi pada Rabu iaitu sebanyak 3,309 kes.

Dalam keadaan semasa, malah sejak di awal pandemik melanda negara, petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertungkus-lumus untuk memerangi Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Terharu sampai nak menangis, pemuda tak sangka keluarga angkat sudi meriahkan majlis konvo - "Kejut saya bangun sahur, sediakan sejadah untuk solat"

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup masuk surau, 'pinjam' kain pelikat terselit RM50 - "Susah-susah dia, rupanya dia jenis lurus"

Dengan semangat tinggi, mereka menjalankan tanggungjawab tanpa mengenal erti penat dan lelah melakukan ujian saringan Covid-19 bagi membendung penularan wabak ini.



Pasukan petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19.

Di sebalik menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, seorang doktor berkongsi pengalaman beliau yang tidak disangka-sangka sewaktu menjalankan ujian saringan pekerja di sebuah kilang.

"Baru-baru ni saya bertugas bersama pasukan saya buat (ujian) swab di sebuah kilang. Sebelum operasi bermula, sedang kami menyiapkan peralatan, masuk waktu Zohor.

"Kami fikir, elok kami solat dulu memandangkan urusan kami belum pasti habis jam berapa," tulis Dr Sakinah Sulong di laman Facebook beliau.

Mahu menunaikan kewajipan itu, beliau bersama pasukannya menemui lokasi yang sesuai di kawasan kilang tersebut.



Kemuliaan hati seorang pengawal keselamatan. -Gambar hiasan foto SAMUEL ONG/The Star

"Bila tanya, rupa-rupanya memang ada tempat solat di pondok pengawal (keselamatan). Kecil je tempatnya. Muat-muat seorang atau dua orang dewasa.

"Berdindingkan plywood (papan lapis) saja, pintu pun tiada. Lantainya papan beralaskan karpet lama. Ada kipas dinding," tambah beliau.

Orang susah macam mana pun, kalau hatinya sentiasa ingat Allah, dia akan berusaha untuk solat dan menyediakan tempat solat sebaik mungkin

DR SAKINAH SULONG

Menerusi sekeping gambar keadaan dalaman pondok yang dimuat naik Dr Sakinah menyaksikan beberapa sejadah digantung kemas di dinding, bersebelahan dengan sehelai baju pengawal keselamatan.

Melihat keadaan sekeliling di dalam pondok pengawal keselamatan itu nyata menyentuh perasaan Dr Sakinah yang merupakan seorang pakar perubatan keluarga.



Perkongsian Dr Sakinah di laman sosial.

Malahan terdetik di hati beliau mengenai petugas yang ditempatkan dalam bilik yang kecil itu, namun mempunyai keperibadian yang wajar dijadikan contoh.

"Saya pandang keliling, saya rasa tersentuh. Orang susah macam mana pun, kalau hatinya sentiasa ingat Allah, dia akan berusaha untuk solat dan menyediakan tempat solat sebaik mungkin.

"Walaupun dalam keadaan kekurangan. Saya doakan rezeki pakcik pengawal ini akan diberkati Allah selalu," tambah beliau.

Walaupun profesion doktor sering dipandang tinggi masyarakat terutama ketika pandemik, beliau tetap mengamalkan sikap merendah dirinya dalam menghargai orang lain.

"Terima kasih, pakcik, bagi kami tumpang bersolat di sini. Besar pahala pakcik memudahkan urusan kami," kata Dr Sakinah.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain