suria

Berniaga sejak PT3, pelajar tak lokek kongsi ilmu cari duit sampai kumpul ribuan ringgit sebulan - “Biasalah kita buat live, tapi orang tak kenal”

Mirul mula berniaga sejak setahun yang lalu.

ORANG kata, rezeki tak pernah salah alamat.

Begitulah yang dibuktikan oleh pelajar ini apabila perniagaan tonik rambut yang diusahakannya sejak setahun lalu membuahkan hasil lumayan.

Menurut Muhammad Amirul Hamdan, 16, dia kini mampu tersenyum gembira dengan pendapatan ribuan ringgit sebulan sebagai ejen jualan produk tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dipandang rendah mak bekas awek, tapi jejaka ini tidak putus asa... kini usahawan air dapat untung 5 angka sebulan, miliki kereta idaman - "Sebabnya saya lebihkan keluarga"

ARTIKEL BERKAITAN: Order ‘kencang’ dari pagi sampai malam... video sayu peniaga dikompaun selepas jual 5 botol air terima 1.3 juta tontonan!

"Saya mula sewaktu Tingkatan 3. Ada satu kejadian menjentik hati saya. Masa tu di kedai telefon, ada seorang anak minta iPhone dengan mak ayahnya.

"Tapi kelihatan macam tak mampu beli, saya tengok budak tu macam marah sebab tak dapat apa yang diingini.

"Dari situ saya terfikir nak jana pendapatan dengan berniaga, pada masa saya nak bantu orang lain cari duit juga. Jadi saya cari produk dan mula berniaga sebagai ejen," ujarnya kepada mStar.

Selain berniaga, Mirul juga banyak berkongsi ilmu menerusi media sosial.

Mesra disapa Mirul, dia juga sering membuat kelas maya berkongsi ilmu perniagaan menerusi siarang langsung di Facebook dan Instagram.

Malah katanya, dia tak terlepas menerima kecaman memandangkan usianya yang dianggap terlalu muda untuk berkongsi ilmu-ilmu tersebut.

"Masa mula-mula dulu kena kecam. Biasalah kita buat live, tapi orang tak kenal... tiba-tiba buat live ajar cara buat duit.

InsyaAllah kalau ada peluang, saya nak masuk universiti, belajar bidang Perakaunan.

MIRUL

"Bisnes ni memerlukan kita jadi attention seeker. Kalau tak dapat perhatian orang, orang pun tak kenal produk kita.

"Tapi coach saya cakap, kalau nak buat marketing pun, buatlah marketing yang Allah suka. InsyaAllah ada keberkatannya," ujarnya lagi.

Kata remaja dari Dungun, Terengganu itu, dia juga membuat jadual untuk membahagikan masa antara perniagaan dan pelajaran.

Malah katanya, segala wang yang diperolehi tidak membuatkan dia gelap mata dan mengabaikan persekolahan yang berbaki setahun lagi.

"Alhamdulillah, masa Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) saya dapat 5A. Saya bahagikan masa sebaiknya.

Kata Mirul, dia juga pernah dikecam kerana berniaga pada usia terlalu muda.

"Bangun 5 pagi, collect order dan settle apa yang patut. Pukul 7 pergi sekolah. Petang dan malam saya fokus bisnes, belajar dan luang masa dengan keluarga.

"Kena ada dua-dua. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tak tahu sebenarnya. InsyaAllah kalau ada peluang, saya nak masuk universiti, belajar bidang Perakaunan," ujarnya.

Kata Mirul lagi, dia juga tidak lokek berbelanja untuk keluarganya dengan wang yang dijana menerusi perniagaan itu.

Malah, dia memberi saranan agar sesiapa sahaja di luar sana tidak takut sekiranya berminat untuk melakukan apa jua perniagaan.

Malah, dia juga menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola untuk bekerja keras dan menganggap perjuangan dirinya hari ini jauh lebih kecil berbanding apa yang dilalui Baginda suatu masa lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain