suria

Si suami baru nak jadi sweet offer hadiah handbag mahal, tak sangka ‘taste’ isterinya lebih ‘ganas’ - “Kalau dah namanya cikgu”

Seorang guru cuba memujuk isterinya untuk membeli beg tangan berjenama. Gambar hiasan/Foto ANDRE OLIVEIRO

KAUM suami mana yang tak sayang bini kan?

Walaupun hidup sederhana, pasti terlintas di hati untuk memanjakan isteri sekali-sekala.

Seperti pasangan suami isteri bergelar pendidik ini, hidup mereka biasa-biasa sahaja tapi sentiasa bersyukur kerana kehidupan sekeluarga serba mencukupi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan gimik! Nak bagi satu je, tapi suami beli 9 iPhone 11 Pro suruh isterinya pilih yang paling suka - "Saya sendiri guna enam phone..."

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak pernah 'fake' kejutan demi kejutan suami" - Syafiqah Aina akui segalanya disembunyikan, anggap ia bonus

Menerusi perkongsiannya si suami di laman Facebook, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dia mempunyai rezeki lebih dan cuba mengambil hati isterinya.



Antara barang yang dibeli isteri untuk kegunaan sekeluarga. Foto Facebook Muhammad Yusof

"Masa tu dan-dan je lalu pula beg tangan jenama Coach kat timeline FB saya. Nampak cantik. Saja saya screenshot bagi kat bini ‘beg sayang lama dah, apa kata darling ganti beg yang ni. Cantik tak?’.

"Bini saya kata buat apalah beli beg mahal-mahal ni. Pakai je mana yang ada. Selagi boleh pakai, pakai. Saya jawab alahai, sekali-sekala je pakai jenama berkualiti, pakai pun sedap dan tahan lama sikit," tulisnya menerusi posting di Facebook Muhammad Yusof sehingga dikongsi lebih 1,700 kali.

Walaupun tidak berhasrat untuk membeli beg tangan baharu, isterinya tetap meminta wang daripada suaminya itu.

Muhammad Yusof berkata, dia menyangka wanita itu mungkin mahu membeli sendiri beg tangan berjenama tetapi tanggapannya itu meleset.

"Bini saya guna duit tu untuk beli mesin scanner (pengimbas) yang boleh edit terus dokumen. Saya terfikir kalau dah namanya cikgu, scanner juga yang dibelinya.

"Rasa nak marah juga saya sebab buat apalah beli scanner. Kan saya suruh beli handbag. Dia kata banyak nak kena edit dokumen masa PKP ni nak bagi anak-anak murid dia," ujarnya.



Perkongsian seorang guru di laman sosial mengenai isterinya.

Menurut lelaki berkenaan, begitulah sifat seorang wanita selain berpandangan kebanyakan daripada golongan ini mungkin juga seperti isterinya berbanding kaum lelaki yang kebiasaannya membeli untuk kegunaan sendiri.

"Tapi tengok kalau perempuan membeli. Mereka akan beli vacuum robot, periuk Noxxa, Iron Phillips, peti sejuk almari, mesin lipat baju, mesin pengering baju, air fryer, tupperware ikut warna baju, tudung saji moden, mesin scanner, printer Epson atau thermomix dan segala jenis peralatan elektrik dan dapur.

Pendek kata semua yang mereka beli tu bukan untuk kegunaan mereka sahaja tapi untuk kemudahan satu keluarga.

MUHAMMAD YUSOF

"Pendek kata semua yang mereka beli tu bukan untuk kegunaan mereka sahaja tapi untuk kemudahan satu keluarga.

"Silap-silap suami yang dok pertikai benda-benda yang isteri beli tu mahallah, kena simpan duit untuk masa depanlah... dia yang terhegeh-hegeh pakai semua yang isteri beli," katanya.



Kaum isteri suka menerima hadiah daripada suami terutama emas. Foto Facebook Muhammad Yusof

Sehubungan itu, Muhammad Yusof berkata, kaum suami tidak seharusnya menghalang isteri berbelanja kerana ia sebenarnya merupakan pelaburan yang memudahkan urusan sekeluarga.

Malah, guru tersebut turut menyarankan para suami supaya membeli sesuatu buat isteri kerana mereka kebiasaannya suka menerima hadiah daripada pasangan masing-masing.

"Kalau ada rezeki lebih belilah sesuatu buat isteri kerana isteri ni suka hadiah-hadiah daripada suami ni terutama emas.

"Sebut je nak beli emas bling, bling, semua isteri 13 minggu senyum sendiri tanpa henti. Tidur malam pun senyum. Suami tak sempat order kopi O terus bini buat kopi dalgona special.

"Sekali-sekala bagi something special kat isteri sebab nak hargai isteri, apa salahnya kan? Bukan selalu. Betul tak isteri-isteri?" katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
isteri, Coach, scanner, guru, emas,

Artikel Lain