suria

Minum banyak air cegah virus masuk badan? Dr Imelda minta orang ramai ikut apa yang ditulis di web KKM - “Laman KKM tak nasihat minum air suam...”

Dr Imelda menyangkal saranan meminum air suam untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 seperti yang diberitahu Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, baru-baru ini.

SUSULAN saranan oleh Menteri Kesihatan Dr Adham Baba agar orang ramai minum air suam sebagai salah satu alternatif untuk mencegah jangkitan Covid-19, beberapa pihak tampil memberi kenyataan.

Antaranya, pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri.

Kurang bersetuju dengan pendapat tersebut, Dr Amalina berkata, tiada bukti yang menyatakan bahawa air suam mampu menyahaktif virus.

ARTIKEL BERKAITAN: Virus tak suka air panas? Dr Amalina sangkal mitos Menteri Kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan buat fitnah! Dr Imelda sekolahkan makcik bawang, bengang komen ‘tak pantang ais punca badan menggeleber’ - “Kalau laki hang nak cari lain, dia cari juga”

Selepas Dr Amalina, terbaharu tampil pula kenyataan daripada seorang pakar sakit puan, Dr Imelda Balchin yang menyangkal saranan ‘minum air suam’ untuk mencegah Covid-19.

Menerusi perkongisan di Facebook, Dr Imelda menerangkan mengapa amalan minum air suam atau minum air dengan kerap tidak mencegah kemasukan virus dalam badan atau merawat virus Covid-19.

Dr Adham Baba ketika bercakap mengenai peranan air suam dalam satu wawancara bersama stesen televisyen, baru-baru ini.

“Virus ini masuk ke dalam badan melalui hidung, mulut dan mata. Bukan melalui tangan. Tangan anda hanyalah pembawa virus ini ke hidung, mulut dan mata anda melalui sentuhan.

“Di dalam hidung, mulut dan mata ialah sel-sel mucous membranes di mana virus ini boleh melekap melalui protein yang ada di permukaan virus. Ia menggunakan receptor yang ada di permukaan sel mucous membranes kita untuk masuk ke dalam sel mucous membranes manusia.

“Bila dah masuk ke dalam satu sel, virus ini tak perlu berjalan pun ke dalam saluran pernafasan manusia atau atau ke dalam perut. Virus ini akan terus mengarahkan satu sel badan manusia yang dimasukinya untuk membuat banyak-banyak virus.

Laman KKM tak beri nasihat minum air suam setiap 15 minit. Laman KKM tak beri nasihat berjemur di bawah kepanasan matahari. Laman KKM tak beri nasihat makan pisang, bawang putih, ikan singgang, sarang burung, minum air panas, letak bawang merah di sekeliling anda atau telan megados vitamin C untuk mencegah atau merawat virus.

DR IMELDA BALCHIN

PAKAR SAKIT PUAN

“Kemudian virus lain masuk lagi dalam sel manusia yang lain dan mengarahkan sel manusia membuat lebih virus. Inilah cara pembiakan virus. Inilah cara virus merebak di dalam badan manusia.

“Tiada bukti jika telan virus ini dari kerongkong ke dalam perut boleh membunuh virus ini, sebab pada hakikatnya ia berada di dalam sel kerongkong kita dan hidup di dalam sel,” tulis Dr Imelda pada perkongsian tersebut.

Justeru ujar Imelda, adalah penting untuk mereka yang dijangkiti virus berkenaan untuk mengamalkan langkah pencegahan seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengelakkannya menjangkiti individu lain.

Dr Imelda Balchin menyarankan orang ramai agar mengikut saranan di laman web KKM berhubung langkah pencegahan Covid-19.

“Sebab inilah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi anda semua nasihat jaga kebersihan tangan, jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter, tak payah bersalam-salaman, tutup mulut bila bersin, batuk dan kemudian basuh tangan. Nasihat terbaru ialah duduk di dalam rumah dan elakkan apa-apa perhimpunan.

“Laman KKM tak beri nasihat minum air suam setiap 15 minit. Laman KKM tak beri nasihat berjemur di bawah kepanasan matahari. Laman KKM tak beri nasihat makan pisang, bawang putih, ikan singgang, sarang burung, minum air panas, letak bawang merah di sekeliling anda atau telan megados vitamin C untuk mencegah atau merawat virus,” tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 22,000 shares dan lebih 1,000 komen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
air suam, Dr Imelda, Covid-19, KKM

Artikel Lain