suria

Kisah lelaki pukul tunang, fesyen Tunku Azizah, lidah isteri kena potong antara viral mStar paling hangat 2019

Sebahagian kisah viral yang meraih perhatian masyarakat terutama netizen sepanjang 2019.

KALENDAR 2019 sudah melabuhkan tirainya.

Pelbagai kisah tular yang sedih, gembira, lucu dan mungkin dianggap 'bodoh' menjadi perhatian masyarakat sepanjang tahun lalu. 

mStar merangkumkan 10 berita viral terhangat dengan rekod bacaan tertinggi yang menjadi pilihan pembaca untuk imbasan anda. 

Berikut adalah Top 10 kisah viral di mStar sepanjang 2019:


Katil tiga tingkat di kediaman Nia menjadi tular di laman Twitter. FOTO: Twitter @niairwan7

1. Niat di hati mahu tunjuk baju baharu, katil tiga tingkat dalam bilik seorang gadis pula yang meraih perhatian. Malah, tubuh badan dan pemakaian Nia Irwan yang baru berusia 15 tahun turut menjadi netizen kerana dianggap seksi. Walaupun dikritik, Nia sempat berkongsi tip pemakanan untuk mendapatkan badan yang ideal.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja nak tunjuk baju baharu, tapi katil 3 tingkat yang dapat perhatian - “Yang gatal tu, sebab saya post gambar seksi”

Tunang Syafiq, Khairunissa Khairuddin memilih fesyen Tunku Azizah untuk photoshoot pre wedding mereka kerana pakaian itu kelihatan sopan.

2. Tunang seorang pemuda menjadi perhatian apabila fesyen baju kurungnya berinpirasikan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk sesi penggambaran pra perkahwinan mereka. Baju ala Tunku Azizah itu mendapat perhatian baginda. “Cutenya!!!” tulis Tunku Azizah sebagai respons kepada Syafiq Azmim yang menyifatkan baginda sebagai pencetus fesyen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Photoshoot sakan, lelaki ini panik Tunku Azizah ‘tegur’ fesyen tunang, siap pakai crown, “Family marah kenapa post macam tu” 

Isteri Zhafri meninggal dunia akibat kanser.

3. Seorang suami meluahkan rasa sebaknya atas pemergian isterinya akibat kanser. Zhafri Nabilah turut mengimbau saat isterinya perlu menjalani pembedahan segera akibat penyakit itu, dan pada masa sama anak dalam kandungan berusia 27 minggu terpaksa dikeluarkan. Syukur, bayi berjaya dikeluarkan dan isterinya berpeluang anak kelima sebelum pergi meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan keluarkan bayi berjaya, suami hampir rebah doktor beritahu lidah isteri perlu dipotong ‘semua’ dan segera, “Sayang dah nak mati ke?”


Pasangan ini mengecapi kebahagiaan sebagai suami isteri sebelum isteri dijemput Ilahi, tiga bulan selepas berkahwin. Foto ihsan Mohamad Syahrain Azri Othman

4. Hasrat seorang isteri untuk berbulan madu di Maldives tidak kesampaian apabila dijemput Ilahi empat hari sebelum tarikh destinasi percutian impiannya. Isteri Mohd Syahrain Azri Othman, 26, iaitu Allahyarham Nurul Nazleatul Nadira Mohd Nazif, 26, meninggal dunia akibat ketumbuhan otak tahap kritikal. Pemergian isterinya genap tiga bulan mereka berkahwin selepas sembilan tahun bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Bercinta 9 tahun, isteri meninggal selepas 3 bulan kahwin, 4 hari sebelum honeymoon ke Maldives, “Tiada pesanan terakhir cuma ucapan...”


Nurhanifah (kanan) bersama adiknya, Nurhazlina. Gambar kecil, bapanya Mohd Fadhillah bersama anak bongsu, Mohammed Haziq.

5. Kisah menyayat hati seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurhanifah Mohd Fadillah yang sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sekolah kerana kesempitan hidup. Bayangkan, dia terpaksa membuat pilihan sama ada mahu ke sekolah atau menggunakan wang bagi mengalas perut seisi keluarga. Walaupun keluarganya dahulu hidup senang, anak sulung daripada tiga beradik itu kini cukup tabah untuk meneruskan kehidupan serba kekurangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu mewah, kehidupan 3 anak bekas staf pelantar minyak kini daif kerana satu sebab, “Adik pernah tanya kenapa kita dah tak kaya?”


Dharshinee ketika berusaha menyelamatkan wanita warga emas yang pengsan di hadapan sebuah kedai di Ipoh.

6. Seterusnya, kisah seorang gadis, Dharshinee Suresh Kumar yang menipu kononnya dirinya merupakan seorang doktor demi membantu seorang wanita yang pengsan, ketika sedang dalam perjalanan perjalanan pulang dari Ipoh ke Kuala Lumpur bersama rakan-rakannya. Kata Dharshinee, dia kagum apabila ramai orang awam yang terdiri daripada pelbagai kaum turut menghulurkan bantuan kepada wanita tua tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya doktor, boleh saya tengok?” - Pelajar beranikan diri 'menipu' demi bantu aunty Cina pengsan, kagum sikap rakyat Malaysia


Nor Aziah sebak ketika menggantikan tempat arwah suaminya untuk menerima anugerah Sarjana Komunikasi (Pengiklanan) UiTM.

7. Kisah meruntun hati ini menceritakan ketabahan seorang isteri yang menggantikan tempat suaminya untuk menerima ijazah sewaktu konvokesyen pada Oktober lalu, lantaran insan kesayangannya meninggal dunia akibat kanser limfoma pada awal tahun lalu. Walaupun pada mulanya agak keberatan untuk naik ke pentas kerana bimbang tidak dapat mengawal perasaan, Nor Aziah Yahya, 45, akhirnya akur kerana mahu merakamkan kenangan demi arwah suami, Syed Shafuddin Syed Zainal Abidin selain mahu memberi semangat buat anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak kuat nak naik pentas” - Sayu, isteri dedah suami berahsia sambung master sebab ‘takut malu’, meninggal selepas 4 hari disahkan kanser


Antara foto yang sempat dirakam Khairin sewaktu hari kejadian.

8. Enam sahabat yang bercuti di Korea Selatan menjadi mangsa penipuan oleh dua warga tempatan, gara-gara mahu memakai pakaian tradisional Korea, iaitu Hanbok secara percuma. Mereka dibawa ke pusat komuniti dan ‘dipaksa’ untuk terlibat dengan upacara keagamaan, namun mujurlah selepas memberi penjelasan dan juga sumbangan 1000 won, enam sahabat itu berjaya melepaskan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tulis nama tipu-tipu” - 6 sahabat bercuti ke Korea nyaris tertipu gara-gara Hanbok free, lepaskan diri dengan 1,000 won


Aiman berkongsi pengalaman bilik hotel yang didiami bersama isteri dan anaknya hampir diceroboh individu tidak dikenali baru-baru ini.

9. Pengalaman cemas seorang suami yang sedang sibuk berceramah, menerima mesej demi mesej daripada isterinya memaklumkan bilik hotel yang mereka didiami cuba diceroboh individu tidak dikenali. Mujurlah tiada apa yang berlaku kerana penceroboh tersebut tidak berjaya masuk ke bilik mereka, ekoran isterinya sentiasa memasang selak kunci yang sedia ada di tepi pintu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sibuk berceramah cemas, isteri hantar mesej ketakutan bilik hotel diceroboh - “Tombol bergerak-gerak, kemudian pintu terbuka...”


Nim menceritakan perkara sebenar semasa kejadian pada petang Rabu lalu.


10. Seorang lelaki yang didakwa memukul tunangnya, sehingga video insiden berkenaan tular di media sosial tampil menjelaskan dia hanya mempertahankan diri selepas tunangnya yang dikenali sebagai Irene mengamuk dan merampas telefon bimbit miliknya. Menurut Nim, itu bukanlah kejadian pertama tunangnya bertindak di luar batasan ketika berada di tempat awam. Dek kerana itu, Nim akhirnya nekad untuk mengakhiri hubungan mereka, sungguhpun sudah membuat persiapan majlis perkahwinan yang dijadualkan pada Julai.

ARTIKEL BERKAITAN: Video pukul viral, lelaki ini terpaksa dedah tunangnya ada perangai pelik, “Saya dah tak larat, kena jaga maruah”

Itu sahaja paparan untuk 10 berita terhangat sepanjang tahun 2019. Teruskan membaca berita-berita viral menarik di www.mstar.com.my/lokal/viral

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain