suria

Video pukul viral, lelaki ini terpaksa dedah tunangnya ada perangai pelik, “Saya dah tak larat, kena jaga maruah”

Nim menceritakan perkara sebenar semasa kejadian pada petang Rabu lalu.

SEORANG pemuda yang didakwa memukul seorang gadis dalam video yang tular di media sosial sejak Khamis menafikan dakwaan tersebut.

Sebaliknya pemuda itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nim menjelaskan dia sebenarnya mahu mengambil semula telefon bimbitnya yang dirampas gadis tersebut yang juga merupakan tunangnya.

"Saya nak betulkan dakwaan orang ramai... sebenarnya saya tak pukul dia pun. Saya dah habis gentle dah. Dalam video tu dia pukul saya. Waktu tu saya nak ambil phone saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Garangnya! Bengang kena hon, abang botak hayun helmet hentak cermin kereta... semuanya dirakam

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu wanita jerit 'natey mu nok gapo' rupa-rupanya nyaris langgar seorang ibu, "Kalaulah lambat beberapa saat"

"Kalau perasan masa saya bergelut dengan orang baju biru tu, tunang saya ada ambil phone jatuh atas jalan. Boleh nampak dia tengah cangkung ambil phone saya," katanya kepada mStar.

Menurut Nim, insiden pergaduhan yang berlaku di Alam Budiman dekat Puncak Perdana itu tercetus apabila tunangnya yang dikenali sebagai Irene bertindak merampas telefon bimbitnya.

"Sebelum kejadian dalam video yang viral tu tunang saya sebenarnya lambat dekat sejam lebih. Kami sebenarnya nak pergi Bangi, nak iftar bersama kawan-kawan saya. Saya dah beritahu sehari sebelum tu nak ambil dia dalam pukul 4 lebih.

Paparan skrin menunjukkan insiden pergaduhan antara Nim dan tunangnya.

"Janji jumpa dekat Puncak Alam tapi bila saya sampai je dia tak ada lagi. Saya tunggulah tapi dia masih tak muncul. Kemudian saya pun geraklah, bila dah separuh jalan dia cakap nak sampai dah dekat tempat kami selalu berkumpul untuk letak kereta dekat Eco World. Jadi saya pun patah balik tapi tengok dia masih tak ada juga.

"Lepas tu saya tinggalkan tempat tu dan dia call lagi sekali. Saya pun cakap saya tunggu dia dekat Alam Budiman, tempat kejadian tu. Dia sampai terus masuk dalam kereta. Kami pun gerak dan masa tu dah start gaduh... maki-maki. Dia tak boleh terima dia dah lambat.

"Dia tengok saya muka dah nak marah dan dia pun naik hantu. Dia kata bak sini phone kau, aku nak call kawan-kawan kau p****** buat iftar jauh-jauh. Padahal dia yang lambat. Lepas insiden tu terus tak jadi pergi iftar dan dia tetap nak ikut saya pergi bengkel dekat Putra Heights sebab tak nak turun dari kereta," katanya.

Ditanya mengenai tindakan orang ramai yang datang menyerangnya semasa kejadian itu, Nim terkilan kerana mereka tidak bertanya terlebih dahulu sebelum bertindak memukulnya.

"Saya agak terkejut jugalah tiba-tiba lelaki baju biru datang serang saya. Mungkin dia bertindak begitu sebab terdengar jeritan Irene. Saya pun tak tahulah agaknya dia pun nak tunjuk hero. Tapi dia dah pun minta maaf dekat saya sebab tumbuk saya tanpa usul periksa.

"Dulu pernah terjadi dekat bazar Ramadan USJ4 dia jerit minta tolong semua pandang. Masa tu dia terbaca mesej saya dengan senior dekat IG. Padahal senior tu nak tanya pasal air mangga ada aiskrim yang saya post dekat IG tu.

Nim bersama tunangnya. 

"Tapi conversation tu stop macam tu je. Tiba-tiba dia tanya siapa perempuan yang mesej saya tu. Saya cakap saya tak pernah baca mesej dalam handphone dia. Terus dia tak keruan, terus dia naik hantu terus dia buka pintu jerit nak turun suruh berhenti kereta. Orang kat bazar semua tengok," katanya.

Mengenai kesan merah dan gigitan pada tangan Irene, Nim berkata dia terpaksa bertindak demikian demi mempertahankan dirinya.

"Awak tengok tak dia tumbuk saya? Dia putih memang merahlah tangan dia. Dia ambil phone saya, saya grab tangan dia nak ambil phone. Awak rasa merah tak tangan dia?

Bapa saya ada juga kata buatlah apa yang terbaik sebab dia tengok saya pun pening je. Dia kata macam mana pun kita kena jadi ketua keluarga bukan kena cucuk hidung. Sayang memang sayang tapi haraplah dia jumpa orang lain yang boleh tahan dengan dia.

NIM.


"Pasal kesan gigi tu saya terpaksa gigit tangan dia untuk lepaskan tangan dia kerana dia cekik leher saya semasa tengah bawa kereta. Dia ni memang pelik sikit.

"Dia dah pening dia pergi tempat duduk belakang terus cekik saya dari belakang. Dia ambil wallet saya semua kad bank dah terabur dan IC saya hilang masa kejadian tu," katanya.

Selepas insiden itu, pemuda berasal dari Shah Alam, Selangor itu nekad mahu mengakhiri hubungan mereka.

"Saya dah bayar booking dewan kahwin 23 November ini tapi dia minta majlis dipercepatkan ke bulan Julai sebab dia yang nak. Jadi saya ikutkan saja sebab sayang punya pasal.

Kesan gigitan jelas kelihatan di tangan Irene.

"Tapi bila dah jadi macam ni terus-terang saya cakap saya dah tak larat. Saya dah tawar hati dah. Bukan sekali tapi banyak kali dah diperlakukan macam ni. Kalau bab lambat jangan ceritalah.

"Saya rasa kalau saya kahwin pun buat apa kalau dah macam ni. Lagi satu benda dah viral. Saya kena jaga maruah saya juga.

"Bapa saya ada juga kata buatlah apa yang terbaik sebab dia tengok saya pun pening je. Dia kata macam mana pun kita kena jadi ketua keluarga bukan kena cucuk hidung. Sayang memang sayang tapi haraplah dia jumpa orang lain yang boleh tahan dengan dia," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pukul tunang, gaduh, telefon bimbit, Iftar

Artikel Lain