suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak baik dan tak adil pukul rata macam tu” - KelantanKindness trending di Twitter

Status Ad-Dien menjadi trending di Twitter pada Selasa.

BANYAK kisah tular mendakwa orang Kelantan pengotor, lelaki pemalas, sikap berpuak-puak dan yang terbaharu kes pijak al-Quran serta bergaduh antara punca negeri ini dilabelkan teruk oleh segelintir masyarakat di negara ini.

Namun satu tweet yang dimuat naik oleh pendakwah popular Ustaz Ad-Dien pada Isnin membuktikan tidak semua masyarakat memandang hina kepada rakyat Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Ad-Dien atau nama sebenar Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir  memuat naik status: "Selalu tengok orang sebarkan kebencian seluruh negeri Kelantan kalau ada kes jenayah or isu viral. Tak baik & tak adillah pukul rata macam tu. Saya percaya ramai kawan-kawan Kelantan yang baik. Reply tweet ni dan kongsikan pengalaman baik mereka #KelantanKindness."

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mertua tak suka Kelantan alasan putus, bekas awek syak lain, “Mungkin itu alasan saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup pijak al-Quran bersumpah telah bersetubuh, suspek dalam video tular direman 3 hari

Tanda pagar KelantanKindness itu lantas trending dengan lebih 18,000 ribu tweet pada Selasa.

Status terbaharu Ad-Dien mengenai #KelantanKindness.

Tweet Ad-Dien itu juga menjadi tular dan mendapat pelbagai komen positif daripada mereka yang berkongsi pengalaman mengenai rakyat Kelantan.

Menurut Ad-Dien dalam satu lagi statusnya, dia tergelak kecil apabila ramai orang Kelantan dan mereka yang lain terkejut #KelantanKindness menjadi trending No.1.

Sebahagian daripada pengalaman netizen berkawan dengan orang Kelantan.

"Sebab sebelum ini kalau trending kene kutuk je. Jadi ini adalah saat bersejarah lah kot? Alhamdulillah."

Rata-rata netizen turut memuji apa yang diluahkan Ad-Dien ini dengan memberi perasaan positif kepada semua.

KelantanKindness, trending

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain