suria

Maya Karin nafi, Nik Nazmi 'kunci mulut' punca cerai

Nik Nazmi dan Maya Karin.

AHLI Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil pendirian untuk 'mengunci mulut' berhubung dakwaan pelakon, Maya Karin mempunyai kaitan dengan perceraiannya dengan Dr Imaan Abdul Rahim.

Ketika diajukan soalan mengenai Maya Karin yang didakwa sebagai orang ketiga, Nik Nazmi sekali lagi meminta semua pihak menghormati privasi beliau dan bekas isteri ketika ini.

"Saya minta semua pihak menghormati privasi kami pada waktu ini. Tiada kenyataan lain yang akan dikeluarkan berkenaan isu ini," katanya menerusi kiriman mesej WhatsApp, Rabu.

Ditanya sama ada beliau akan menjawab laporan media berkaitan hubungan dengan Maya Karin pada masa akan datang, Nik Nazmi hanya menjawab ringkas: "Semuanya sudah jelas dalam kenyataan."

ARTIKEL BERKAITAN: Mahligai 14 tahun Nik Nazmi musnah, cerai isteri talak satu

Nik Nazmi yang juga merupakan Ketua Setiausaha Pengelola PKR dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, beliau dan Dr. Imaan telah bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan mereka.

"Saya bersyukur dengan perkahwinan yang pernah kami miliki, juga sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan yang diberikan kepada kami. 

"Saya ingin memohon maaf atas kesakitan atau kesedihan yang dialami oleh mana-mana pihak, terutamanya keluarga kami.

"Kami fokus terhadap kegembiraan dan kesejahteraan anak kami dan komited untuk membesarkan mereka bersama-sama," tambahnya.

Nik Nazmi bercerai talak satu dengan isterinya, Dr Imaan.

Sementara itu, Maya Karin dilaporkan menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan perpisahan Nik Nazmi dengan Dr Imaan.

Menurut Maya, dia memang mengenali ahli politik itu namun hubungan mereka sekadar kenalan biasa, seperti hubungannya dengan beberapa ahli politik lain.

Pada Selasa, Nik Nazmi sah bercerai talak satu dengan isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur, selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

Nik Nazmi, 37, selaku plaintif melafazkan cerai itu terhadap Dr. Imaan, 36, sebagai defendan dalam kamar Hakim Syarie Zaim Md Yudin pada 9.45 pagi dan mahkamah merekodkan perceraian pasangan itu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 2005 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Nik Ilhan yang kini berusia lapan tahun.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain