suria

Asyik main Pokemon Go, jejaka ini diganggu kaum sejenis, mula tanya “seorang ke?" kemudian nak ikut naik bilik...geram betul kat mamat tu!

Gambar hiasan main Pokemon.

KAUM wanita sentiasa diingatkan supaya berhati-hati jika keluar berjalan berseorangan, tetapi zaman sekarang golongan lelaki juga perlu berwaspada.

Pesan Syaheer Ahamad, zaman sekarang samada lelaki atau wanita perlu mengambil langkah lebih berhati-hati memandangkan ramai yang suka mengganggu.

Berkongsi pengalamannya bersama mStar, Syaheer, 20-an, memberitahu pengalaman menakutkan dikacau seorang lelaki ketika berada di Pulau Pinang atas urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua benda nak kaitkan LGBT!” - Janna Nick ulas foto cium Eyka Farhana

"Minggu lalu, selepas solat subuh saya tidak sambung tidur dan mengambil keputusan untuk keluar dari hotel untuk ambil angin pagi sambil bermain Pokemon Go.

"Sedang asyik dengan permainan itu, saya didatangi seorang lelaki yang menegur saya.

"Dia tanya seorang ke? Saya jawab ya sorang dan lepas tu dia tanya lagi dari mana, tinggal mana.

"Saya tak fikir apa-apa dan mungkin dia sesat atau sekadar ingin bertanya.

"Tetapi selepas itu dia asyik ikut saya. Jadi saya pun terus tinggalkan tempat itu dan pulang ke hotel," ujar pemuda kelahiran Muar, Johor ini.

Namun sebaik tiba di hotel dia terkejut melihat kelibat lelaki itu di situ.

"Kali kedua dia mendekati saya dan mula bercakap lucah dan mahu ikut saya naik ke bilik.

"Saya malas nak layan dan terus berjalan walaupun dia sedang perhatikan gerak geri saya.

"Risau dengan perangai pelik lelaki itu, saya tak jadi naik ke bilik hotel, sebaliknya keluar ke kedai serbaneka berdekatan.

"Tengok perangainya saya jadi geli. Saya tahan marah sebab tidak mahu menimbulkan sebarang masalah kerana berada di tempat orang.

"Kemudian dia sekali lagi cuba approach saya, dah kali ketiga dan ketika itu saya rakam pergerakannya tanpa dia sedar," katanya.

Antara komen-komen netizen selepas perkongsian video oleh Syaheer.

Selepas beberapa minit di kedai serbaneka itu, Syaheer berjaya melarikan diri daripada lelaki itu dan terus balik ke hotel penginapannya.

"Saya berkongsi pengalaman ini dengan teman wanita saya.

"Dia membebel marah sebab keluar berjalan sorang-sorang. Begitu juga dengan keluarga apabila mereka tahu kisah ini.

"Saya juga turut memuat naik video di Twitter supaya golongan lelaki lain pun berhati-hati.

"Bagi saya, kalau berdepan dengan golonggan 'pengganggu' ini, jangan cepat melatah atau bercakap kasar untuk elak daripada bergaduh," katanya.

Dalam pada itu, Syaheer mengakui dia turut dikecam netizen apabila video berdurasi 12 saat itu tersebar dan mendapat 'view' lebih 84,000.

"Saya faham mereka yang kecam itu  'seangkatan' dengan lelaki tersebut.

"Saya tidak kisah kerana niat saya untuk berkongsi dengan orang lain, tapi  ramai juga yang geram dengan 'mamat' tu," jelasnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Kaum sejenis, pokemongo, lelaki

Artikel Lain