suria

Jadilah manusia yang senonoh! Insiden berebut lif... “Ringanlah langkah keluar”

Hazwan terpaksa menahan pintu lif sambil menolak stroller bbayinya. Foto: Instagram Hazwan.

BEBERAPA minit berdiri dalam lif, pintu masih` belum tertutup. Jenuh pandang kiri kanan, siapa yang ingin berkorban keluar disebabkan terlebih berat.

Senario siapa cepat dia ‘stay’ memang menjadi lumrah ketika berada dalam lif yang penuh, namun sikap tersebut menampakkan sikap penting diri sendiri biarpun di depan mata kelihatan orang yang lebih memerlukan.

Pengalaman seperti itu turut dilalui Hazwan Faiz pada pada Jumaat.

Hazwan berkongsi pengalaman ‘berebut’ masuk lif  ketika mengunjungi sebuah pusat membeli belah.

Menurut Hazwan yang sedang menolak kereta sorong bayinya (stroller) terpaksa menahan pintu lif semata-mata untuk masuk.

“Saya ingin memohon maaf kepada beberapa pengguna lain yang terpaksa keluar untuk beri laluan saya masuk.

“Itu pun setelah saya berkeras dan menahan pintu lif. Maknanya jika saya tak masuk, mereka tak jalan.

“Ketika itu ada dua pilihan, saya masuk atau mereka dalam lif tidak akan bergerak. Ya, itulah diri saya ketika keadaan mendesak,” ujarnya dalam posting di laman Instagramnya.

Status Hazwan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengguna lif.

Menurut Hazwan, dia sedar tangga bergerak (escalator) bukan untuk stroller bersama bayi.

“Jika pergi ke 'mall' dengan stroller, saya biasanya langggar sahaja pakai escalator kerana lif penuh dengan orang yang sihat.

“Jadi jika nanti adik-adik sedang naik lif dan tiba-tiba pintu buka dan nampak akak abang pegang makcik kerusi roda atau pegang 14 anak kiri kanan…ringanlah langkah keluar,” tulisnya.

Hazwan juga berpesan kepada masyarakat kita supaya jadilah manusia yang senonoh.

“Bagi mereka yang naik lif, awak boleh guna escalator dan katalah benda tu rosak..naik tangga,” katanya penuh makna.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
berebut lif, bayi

Artikel Lain