suria

Selepas kecoh bisnes tak jalan, View Chin ‘kembali’ ke pejabat... Siap tunjuk video tangga!

View Chin memuat naik video terbaharu, memaparkan dia sedang berjalan di pejabatnya.

INFLUENCER dan usahawan, View Chin membuat perkongsian di Instagram Story bahawa dia kini kembali ke pejabatnya.

Menerusi hantaran itu, View Chin berkongsi video pendek ketika dia sedang berjalan menaiki tangga di premis tersebut.

"Rasa lama tak balik office," tulisnya sambil menyertakan tanda pagar #tangga menerusi Instagram Story itu.

Baru-baru ini, View Chin menjadi bualan netizen selepas dia didakwa berlaku curang dengan seorang pekerja Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: View Chin mohon maaf... rumah kini kosong tanpa barang, seller minta pulangkan duit - “Langsung tak dapat bisnes, kedai saya dikacau”

Antara dakwaan itu termasuk mesej yang mengaitkan perjumpaannya bersama pekerja berkenaan di tangga.

Untuk rekod, mStar pada 18 April lalu melaporkan View Chin tampil membuat permohonan maaf selepas kisah rumah tangganya kecoh diperkatakan netizen.

Menerusi kenyataan itu, View Chin berkata kisah rumah tangganya memberi impak terhadap perniagan yang diusahakannya.

"Perkara ini menimpa sampaikan bisnes saya langsung tak dapat dijalankan lagi, kedai saya dikacau oleh orang ramai begitu juga dengan staf saya juga kena kacau oleh mereka," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain