suria

Perogol tertidur di rumah mangsa, sempat ditahan polis sebelum celik mata

Lelaki itu ditahan ketika dia sedang tidur di rumah mangsa.

SEORANG wanita nekad melarikan diri melalui balkoni selepas dia dirogol oleh seorang buruh.

Ketika melarikan diri, mangsa yang cedera di kakinya diselamatkan oleh orang ramai yang mendapati dia sedang menangis di Jalan Kamaruddin Isa di Ipoh, Perak.

Polis bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu dan menahan suspek yang sedang nyenyak tidur.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata suspek, 43, ditahan di rumah mangsa di Fair Park pada Selasa kira-kira jam 9.15 pagi.

“Kami merampas beberapa barangan termasuk sebilah gunting dan sebilah pisau.. Suspek positif dadah jenis methamphetamine dan turut didapati terlibat dalam beberapa kes berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya,semakan mendapati suspek pernah melakukan beberapa kerja baik pulih di rumah mangsa sebelum ini.

“Kami percaya suspek sudah menyasarkan wanita itu sebelum merancang pergerakannya.

“Mangsa berusia 38 tahun dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan. Dia masih trauma tetapi dalam keadaan stabil,” katanya sambil menambah polis mendapat perintah reman tujuh hari terhadap lelaki itu untuk membantu siasatan. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain