suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu

Pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.

UMAT Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, pada Sabtu.

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Khamis malam.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu kelam kabut 'raya terkejut' atau tidak, kerajaan setuju beri sehari cuti tambahan sempena Aidilfitri

ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu pengumuman raya malam Khamis! Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 20 April

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.

Umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 23 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain