TIBANYA musim perayaan, kemalangan di jalan jaya pasti menjadi kerisauan. Pemanduan jarak jauh untuk pulang ke kampung halaman boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan. Melalui satu video tular di Twitter, dapat diperhatikan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang gaya pemanduannya tidak tentu arah dan cukup membahayakan dirakam pemandu atau penumpang kenderaan lain di belakangnya. Keadaan di tempat kemalangan. Dipercayai pemandu Myvi itu sedang mengalami Sindrom Tertidur Tanpa Sedar (microsleep) kerana kenderaannya beberapa kali dilihat melencong keluar dari laluannya ke kiri dan ke kanan. Pemandu atau penumpang di belakangnya yang mengesyaki ada sesuatu tidak kena mula merakam pergerakan mencurigakan kereta tersebut menggunakan telefon pintarnya. Melalui video itu, pemandu Myvi berkenaan dilihat beberapa kali cuba mengembalikan kenderaannya ke laluan asal setelah hampir hilang kawalan namun akhirnya tetap terbabas dan bertembung dengan kereta dari arah bertentangan. Pada akhir video, kedengaran perakam mengatakan dia dapat menjangkakan kemalangan itu akan berlaku berdasarkan pemerhatiannya sejak beberapa minit lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Asyik cerita tentang kemalangan, tiba-tiba treler rempuh belakang! Audio dashcam cukup mengerikan, tangisan bayi buat ramai cemas "Huh aku dah kata (jangka) dah," kata lelaki itu sambil membunyikan hon. Rata-rata warga maya menzahirkan rasa kesal kerana kemalangan itu dapat dielakkan jika perakam video tersebut bertindak lebih awal dan tidak hanya ‘berpeluk tubuh’. Seorang warga maya yang mendakwa dirinya merupakan mangsa kemalangan dari insiden itu mengatakan dia terkilan kerana perakam hanya melepas tangan. "Yang kena langgar tu aku, berpusing kereta jadinya. Tukang record ni wajar kena cyberbully tapi sekurangnya ada la bukti nak tunjuk balai," kata lelaki dikenali sebagai Akmal itu. Lelaki itu menyatakan pemeriksaan air kencing oleh pihak polis ke atas pemandu yang melanggarnya tidak menunjukkan sebarang penggunaan bahan terlarang. "Alhamdulillah selamat tapi payah sikit nak recover mental," tambahnya. Kereta Myvi yang dirakam memandu dalam keadaan berbahaya. Menerusi tweet balasnya, Akmal turut berkongsi foto keadaan kereta Myvi berkenaan. “Tercabut tayar depan je, dia mengaku tidur,” kata Akmal lagi. Warga maya lain berkata perakam itu sekurang-kurangnya boleh membunyikan hon untuk mengejutkan pemandu di hadapannya yang mungkin terlelap. "Dah accident baru nak hon baik tak payah, record setakat nak buat share je. Kau ada peluang untuk jadi orang bijak tapi kau pilih sebaliknya. "Boleh dia cakap ‘aku dah kata dah’. Tekan la hon awal-awal. Boleh jadi hero selamatkan nyawa tapi pilih untuk biarkan je. "Dah la record guna phone lepas tu tak nak bertindak, duduk senyap je sampai kemalangan dah jadi," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!