suria

Asyik cerita tentang kemalangan, tiba-tiba treler rempuh belakang! Audio dashcam cukup mengerikan, tangisan bayi buat ramai cemas

Sebuah kereta dirempuh treler dari arah belakang dalam kejadian pada Selasa.

PERJALANAN beberapa individu yang menaiki sebuah kereta Perodua Aruz bertukar cemas apabila mereka dirempuh sebuah treler dari arah belakang.

Menerusi rakaman dashcam, kedengaran suara seorang wanita sedang berborak tentang kisah kemalangan lain sebelum mereka sendiri terbabit dalam kecelakaan di KM439 Lebuhraya PLUS arah utara dari Rawang menghala ke Sungai Buaya, pada Selasa.

"Nasib tak langgar kereta depan. Kat situ tadi, dia break emergency, nasib baik tak langgar kereta depan.

"Ami ajar, Ami pesan kalau macam ni, kan kita tengah laju kat sini... kalau kita pun kat sini, tekan butang emergency kat sini," ujar wanita itu.

Namun secara tiba-tiba, sebuah lori merempuh dari arah belakang menyebabkan keretanya hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lagi lori di hadapan.

Selain suara wanita itu yang tidak henti-henti menyebut Allahuakhbar, turut kedengaran suara seorang bayi yang sedang menangis selepas berlakunya rempuhan berkenaan.

kemala;a

Keadaan Perodua Aruz yang remuk selepas dirempuh lori.

"Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar! Adik, adik bawa mari sini. Allah, Allah, macam mana nak tolong. Tolong-tolong. Tolong kami," ujar wanita itu.

Rakaman kejadian turut tular di laman sosial sehingga dihujani dengan pelbagai komen netizen.

"Kesiannya, dah la ada bayi dalam tu.

"Tak boleh cakap perkara bukan-bukan atas jalan raya, beringat sebelum terlambat.

"Allah takutnya, harap semua selamat," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain