suria

Rakaman SUV dirempuh treler tular, polis jalankan siasatan

Keadaan sebuah SUV yang remuk akibat dirempuh treler.

POLIS sedang menyiasat insiden kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah treler merempuh belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Kejadian itu dirakamkan menerusi kamera papan pemuka (dashboard) sehingga tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan tersebut berlaku pada 1 tengah hari 14 Mac, membabitkan kenderaan SUV dan sebuah treler di kilometer 439.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Aruz kongsi detik cemas dirempuh treler... Ibu patah tulang rusuk, anak-anak pula lebam di muka

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik cerita tentang kemalangan, tiba-tiba treler rempuh belakang! Audio dashcam cukup mengerikan, tangisan bayi buat ramai cemas

"Siasatan menunjukkan kemalangan berlaku selepas treler yang dipandu lelaki berusia 34 tahun merempuh belakang sebuah MPV, yang dipandu oleh wanita berusia 29 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Orang ramai boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Rohaizam Yusop di talian 012-5260952 atau balai polis berdekatan.

Dalam kejadian pada Selasa, kesemua lima mangsa nyaris maut apabila SUV jenis Perodua Aruz yang dinaiki mereka dirempuh sebuah treler.

Kesemua mereka terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain