suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kadar tarif elektrik dan air kekal, harga ayam tidak diapungkan - PM

Harga siling semasa bagi ayam standard yang ditetapkan pada RM8.90 sekilogram di Semenanjung Malaysia bakal dimansuhkan pada 1 Julai. Gambar hiasan

KERAJAAN memutuskan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung tidak akan dinaikkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengguna perlu bersedia, harga ayam, telur dijangka meningkat - Nanta Linggi

"Pada masa yang sama, kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ismail Sabri menambah, harga siling baharu ayam akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee.

"Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia, agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup," katanya lagi.

Harga siling semasa bagi ayam standard, yang ditetapkan pada RM8.90 sekilogram di Semenanjung Malaysia, bakal dimansuhkan pada 1 Julai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain