suria

Kerajaan umum golongan B40 dapat BKM Tambahan sehingga RM500, ringan beban sambut Aidiladha

Ismail Sabri berkata sedemikian dalam sidang media khas pada Rabu.

KERAJAAN memutuskan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media khas berkaitan isu subsidi pada Rabu.

"Bayaran Fasa 2 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima BKM menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan.

"Setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing," katanya.

Tarikh pembayaran mengikut jadual.

Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.

Bayaran ini akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.

Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti jadual.

Semakan status pembayaran boleh dibuat bermula 27 Jun 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my .

BKM adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat yang berpendapatan rendah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain