suria

Simpan air secukupnya! 47 kawasan Petaling alami gangguan air bermula hari ini

Gangguan itu disebabkan kerja-kerja menambah baik sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

GANGGUAN bekalan air berjadual di 47 kawasan dalam daerah Petaling bermula pada Selasa jam 9 pagi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, perkara tersebut berlaku untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Bekalan air itu dijangka disalurkan kepada pengguna secara berperingkat pada 21 Jun ini, bermula jam 9 malam selepas kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan selesai serta sistem pengagihan stabil,” kata Air Selangor dalam catatan Facebook pada Selasa.

air

Senarai kawasan yang terjejas.

Syarikat itu berkata ini berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air yang dijadual dijalankan di Kolam Takungan Bukit Dengkil.

Gangguan air bermula pada 9 pagi hari ini dengan bekalan dipulihkan sepenuhnya pada 9 pagi pada hari Rabu (22 Jun), katanya.

Syarikat itu berkata ia akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas, dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Bagi pelanggan komersial, pembelian bekalan air menggunakan tangki air mereka sendiri akan disediakan di satu stesen pengisian air tempatan dan bayaran boleh dibuat di Jalan TPP 5/17, Taman Perindustrian Puchong.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Air Selangor di talian 15300.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain