suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sayu... Anak gajah mati dilanggar ketika melintas, pemandu umur 50 tahun tak alami sebarang kecederaan

Seekor anak gajah mati dilanggar ketika melintas jalan. (Foto: Star Pub)

SEEKOR anak gajah mati apabila ia dirempuh sebuah pacuan empat roda (4WD) di KM40, Jalan Batu Pahat-Mersing pada Isnin malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata anak gajah itu dilanggar ketika melintas jalan pada 9.30 malam.

“Pemandu berusia 50 tahun, seorang lelaki tempatan, tidak cedera,” katanya pada Selasa.

Dalam kejadian itu, penumpang pacuan empat roda, seorang wanita tempatan berusia 53 tahun mengalami cedera ringan di lengan dan dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59) kerana gagal mengawal pergerakan kenderaan.

Beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan memandu dengan berhati-hati ketika melalui kawasan lintasan hidupan liar.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu perlu menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi ibu pejabat polis daerah Kluang di talian 07-7784256, 07-7784256, atau talian hotline 07-7766822. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain