suria

Ramai sebar fitnah anak dicucuk angin... KJ tegur, “Jangan kacau ibu bapa nak vaksin anak!”

Khairy memaklumkan bahawa kadar pendaftaran kanak-kanak untuk mengambil suntikan vaksin semakin hari semakin bertambah.

SEJAK kerajaan melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) pada 3 Februari lalu, pelbagai reaksi yang diluahkan oleh netizen khususnya ibu bapa terhadap langkah berkenaan.

Rata-ratanya masih ragu-ragu dan mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum mendaftarkan anak masing-masing untuk menerima vaksin Covid-19 kerana bimbang berlakunya kesan sampingan selepas suntikan.

Individu yang paling teruk menerima kecaman sudah pastinya Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

ARTIKEL BERKAITAN: PICKids: Tiada paksaan untuk ibu bapa, kanak-kanak dikecualikan daripada sekatan

Dilontarkan pelbagai kata-kata yang kurang enak didengar termasuklah sehingga ada yang mengaitkan anaknya, menteri berkenaan tetap konsisten dengan 'perjuangannya' demi melindungi semua golongan daripada risiko jangkitan Covid-19.

Menerusi perkongsian terbaharu di Twitter pada Rabu pagi, Khairy memaklumkan bahawa kadar pendaftaran kanak-kanak untuk mengambil suntikan vaksin semakin hari semakin bertambah.

Daripada perkongsian berkenaan, graf statistik menunjukkan seramai 892,974 kanak-kanak sudahpun didaftarkan menerusi aplikasi MySejahtera, setakat 15 Februari (Selasa).

"Liputan dan pendaftaran #PICKids semakin meningkat. Alhamdulillah ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak," tulis Khairy.

kj 1

Ciapan Khairy di Twitter pada Rabu.

Dalam ciapan yang sama, beliau turut menyentuh mengenai tohmahan yang dilontarkan orang ramai mengenai video ketika anak bongsunya, Raif, menerima suntikan Ahad lalu.

"Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin. Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka," tulis Khairy lagi.

Pelbagai spekulasi dan andaian negatif yang berlegar di media sosial selepas Khairy memuat naik gambar dan video anaknya menerima vaksin di PPV PWTC menerusi Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizn memuji sikap konsisten menteri itu dalam menyalurkan data dan maklumat penting untuk terus meyakinkan para ibu bapa.

"Terima kasih. Teruskan provide data. Saya perlukan utk menambah keyakinan.

"Anak-anak saya mendaftar sejak 8 Feb, masih belum mendapat temujanji. Di Lembah Klang, kes dalam 1 km ialah 200 ke atas. Sudah e-mel dan sedang menunggu jawapan.

"Satu langkah yang baik untuk terus keluarkan data. Dengan bilangan besar orang dewasa yang diberi vaksin atau dos penggalak, sudah tiba masanya kanak-kanak mendapat suntikan mereka bagi mengekang wabak InsyaAllah," demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, PICKids dilaksanakan bermula pada 3 Februari lalu, dengan dianggarkan seramai empat juta kanak-kanak layak menerima vaksin jenis Comirnaty10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain