suria

“Nasib baik tak patah tengkuk” - Lelaki terajang bapa tiri ditahan polis

Lelaki ini dikatakan mempunyai sakit mental dan mempunyai kad OKU.

BERANG terhadap warga emas yang enggan memberikan wang untuk membeli dadah, seorang lelaki dilihat memukul dan menendang muka bapa tirinya hingga cedera dan ibunya hanya mampu melihat tanpa mampu berbuat apa-apa.

Kejadian di Kampung Ruat, Yan, Kedah itu melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun di rumah keluarganya kira-kira jam 8.30 pagi Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU suka main TikTok dituduh ‘buat-buat cacat’, tetap bersemangat nak jadi influencer, hiburkan followers

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pemuda berlakon cacat, salah guna parking khas... Ras Adiba beri amaran, desak minta maaf kepada semua OKU!

Melalui rakaman berdurasi 30 saat yang tular di media sosial, individu ini dikatakan bertindak agresif memukul dan menendang bahagian dada bapa tirinya sebanyak dua kali.

Berikutan kejadian itu, ibu kepada lelaki tersebut meminta bantuan penduduk kampung agar melaporkan perkara ini kepada pihak polis.

Laporan kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, kepada BH menyatakan bahawa suspek masuk ke dalam rumah meminta wang kepada mangsa.

Suspek pada mulanya meminta wang daripada bapa tirinya untuk membeli dadah seperti kebiasaan namun mangsa enggan memenuhi permintaannya itu.

Setelah mangsa enggan berikan kerjasama, suspek dikatakan mula bertindak memukul mangsa semasa mereka berada di ruang tamu rumah yang merupakan kediaman mangsa dan isterinya.

“Tidak dapat mengawal perasaan marah, suspek bertindak menendang mangsa daripada belakang dengan memakai kasut getah.



Lelaki ini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

"Akibat rasa terancam, mangsa mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana bimbangkan akan keselamatannya." katanya memetik BH

Dikatakan juga ini bukan kali pertama penagih dadah tegar itu memukul bapa tirinya yang jika enggan memberikan duit kepadanya untuk membeli dadah.

Jelasnya lagi, suspek ditahan pada jam 6.45 petang di kawasan Lubuk Boi, Yan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Kesan dipukul teruk oleh suspek, mangsa mengalami bengkak di bahagian kiri telah dibawa ke Hospital Yan.

Susulan daripada siasatan juga mendapati bahawa suspek merupakan seorang pesakit mental yang memegang kad orang kurang upaya (OKU) yang disahkan isteri mangsa.



Tangkap layar antara komen netizen di sosial media terhadap video yang mencetus kemarahan itu.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet meluahkan rasa simpati terhadap mangsa.

“Anak tak kenang jasa biadab dengan orang tua. Tunggu balasan Allah nanti.

“Luluh jantung rasa ya Allah apa nak jadi.

“Ya Allah nasib baik tak patah tengkuk orang tua tu. Siuman ke tak lelaki tu,” demikian antara komen yang ditulis oleh warganet.

Posting di Facebook telah mendapat lebih 8,000 perkongsian, lebih 5,700 tanda suka dan telah meraih lebih 200,000 tontonan.

Kes penuh tragis ini telah disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain