suria

Tiada sebab harga ais naik - PM

Ismail Sabri (gambar fail) mengulas mengenai kenaikan harga ais. foto CHAN TAK KONG/The Star

KENAIKAN harga ais tidak sepatutnya berlaku, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian berikutan terdapat syarikat bekalan ais yang menaikkan harga sehingga 50 sen sebungkus.

Jelasnya, kenaikan harga ais tidak sepatutnya berlaku kerana tiada kenaikan tarif air dan elektrik.

"Kalau kilang ais hendak naikkan harga, ia tidak mempunyai alasan. Kita beri air dengan harga yang murah di negara ini. Tiada sebab (kenaikan harga ais)," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan harga barangan di My Farm Outlet Kasih, Presint 9, dekat Putrajaya, pada Rabu.

Turut serta, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenaikan laporan mengenai syarikat berkenaan yang menamatkan promosi untuk produk ais iaitu ais kisar dan ketulan bermula 1 Disember.

Antara alasan yang diberikan syarikat ialah kos penyelenggaraan lori semakin tinggi dengan kenaikan harga tayar, alat ganti lori dan minyak diesel.

Sementara itu, bagi kenaikan harga roti dan produk jenama Gardenia, Ismail berkata, satu kajian terperinci perlu dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mencari punca kenaikan harga.

"Gandum ini kita tidak tanam sendiri dan perlu diimport, jadi mungkin memberi kesan," katanya. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain