suria

Berita baik! Wilayah Persekutuan cuti Jumaat

Pasukan KL City meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2021. foto Bernama

BERITA baik buat semua yang berada di Wilayah Persekutuan!

Hari Jumaat diumumkan sebagai cuti pelepasan am bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan Kuala Lumpur FC (KL City) pada piala akhir Piala Malaysia, Selasa malam.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: KL City tewaskan JDT 2-0, akhiri penantian 32 tahun julang Piala Malaysia

Penantian selama 32 tahun Kuala Lumpur City (KL City) berakhir apabila muncul juara Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kemenangan semalam adalah pencapaian yang terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan pada tahun 1989.

"Justerum adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat, 3 Disember 2021 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City," kata Shahidan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pengisytiharan itu dibuat selaras di bawah Seksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.

Kemenangan tersebut juga sangat bermakna buat KL City kerana memenangi gelaran itu pada ulang tahun Piala Malaysia yang ke-100.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Tiada sebab harga ais naik - PM

Artikel Lain