suria

870,000 individu hilang kerja dibayar BKP mulai esok

Perdana Menteri berharap agar bantuan ini dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia yang terjejas. foto:BERNAMA

HAMPIR 870,000 individu bakal menerima Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara one-off bermula 26 Oktober.

Ia merupakan usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama sekali kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso dalam tahun 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: 10,000 anggota Skuad Keluarga Malaysia bantu rakyat terjejas akibat pandemik

"Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

"Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Penerima boleh menyemak status kelulusan BKP mereka mulai 26 Oktober melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain