suria

Malaysia rekod 5,666 jangkitan baharu Covid-19

Malaysia merekodkan 5,666 kes baharu Covid-19.

SEBANYAK 5,666 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad.

Angka terbaharu itu sedikit menurun berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Sabtu iaitu 5,828 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Menurun... Malaysia catat 5,828 kes baharu Covid-19

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,431,716 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, CovidNow

Artikel Lain