suria

Selesai makan, pakai semula pelitup muka - KJ

Khairy menasihati orang ramai untuk pakai semula mask selepas makan.

ORANG ramai yang mengunjungi kedai makan diingatkan untuk memakai semula pelitup muka selepas selepas makan.

ARTIKEL BERKAITAN : Kes harian terus meningkat, Malaysia catat 6,630 kes baharu Covid-19

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, berdasarkan pemerhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kebanyakan individu yang "dine-in" dikedai makan gagal memakai semula pelitup muka ketika bersembang selepas makan.

“Apabila ‘dine-in’, tolong pakai pelitup muka selepas makan. KKM melihat terlalu banyak contoh orang bercakap selepas makan tanpa memakai pelitup muka.

“Bila dah habis makan dan mahu sembang selepas makan, pakai semula pelitup muka,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.

Dia sebelum ini turut menasihatkan rakyat terutamanya warga emas agar mengelakkan kawasan yang sesak termasuk majlis sosial atau kedai makan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Khairy, Covid-19, SOP, pelitup muka, mask, makan, dine-in

Artikel Lain