suria

“Terima kasih” – Ismail Sabri

Ismail Sabri selepas mengangkat sumpah jawatan perdana menteri, petang Sabtu. foto s.s.kanesan/The star

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelantikannya sebagai perdana menteri.

Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Parlimen, ketua-ketua parti politik atas sokongan diberikan.

Beliau berkata demikian selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri angkat sumpah PM ke-9

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri... Ini 10 fakta yang perlu anda tahu mengenai PM ke-9

"Saya ucap terima kasih kepada ahli-ahli Parlimen, ketua-ketua parti politik atas sokongan diberikan.

"Saya akan buat kenyataan rasmi untuk rakyat esok," katanya kepada pemberita Bernama di luar Istana Negara, petang Sabtu.

Ismail Sabri berkata demikian menerusi video berdurasi satu minit yang dimuat naik di Facebook Bernama TV.

Ismail Sabri secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Umno menerima perkenan Agong untuk dilantik menjadi Perdana Menteri selepas memperoleh 114 sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara, pada pukul 2.30 petang Sabtu.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan terhadap pelantikan itu yang selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain