suria

Kes baharu Covid-19 mulai turun, 22,262 kes direkodkan

Sebanyak 22,262 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas di seluruh negara.

KES harian Covid-19 akhirnya menunjukkan pola menurun dengan 22,262 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebooknya berkata ini menjadikan keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 1,535,286 kes.

Sebanyak 223 kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah korban keseluruhan 13, 936 kes setakat ini.

Jumlah kes yang masih aktif kini adalah sebanyak 260,880 kes.

Menurut Dr Noor Hisham terdapat 1,035 kes di unit rawatan rapi dengan 513 kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kes sembuh baru pula adalah 18,576 kes.

Selangor kekal tertinggi dengan 7,011 kes diikuti Sabah (2,651) dan Sarawak (1,964).

Manakala Kedah keempat tertinggi dengan catatan 1,880 kes, diikuti Johor dengan 1,558 kes.

Pulau Pinang mencatat 1,469 kes baru manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan penurunan mendadak dengan 1,220 kes baharu berbanding 1,652 kes semalam.

Negara sebelum ini mencatatkan peningkatan kes baharu tertinggi selama tiga hari berturut-turut iaitu 22,242 kes pada Rabu, 22,948 kes (Khamis) dan 23,564 kes (Jumaat).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

covid-19, kes harian, kes baru

Artikel Lain