suria

Angka turun sedikit! Malaysia catat 4,949 kes baharu Covid-19

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1, 523 kes.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 4,949 kes baharu, pada Isnin.

Ia menjadikan keseluruhan 662,457 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 71,625 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangkitan harian menurun, Malaysia catat 5, 304 kes baharu Covid-19

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,523 kes, diikuti Sarawak (744), Kuala Lumpur (503) dan Johor (430).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 60 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,968 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 6,588 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 586,864 kes.

"Sehingga kini, terdapat 921 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 459 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain