suria

Langgar SOP: 54 individu dikompaun kerana joging, lepak beramai-ramai di jambatan

Orang awam sedang berjoging ketika PKP. Gambar hiasan. Foto: Izzrafiq Alias/The Star

LEBIH 50 individu dikenakan kompaun kerana berkumpul, melepak dan berjoging sekaligus melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sedang dikuatkuasakan ketika ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku di Jambatan Raja Muda Nala, Klang pada petang Ahad.

"Pasukan penguatkuasaan kami pergi membuat tinjauan selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti di lokasi berkenaan.

"Ketika tiba di lokasi, mereka mendapati sebilangan individu telah memarkir kereta berdekatan tempat halangan batu di lokasi berkenaan.

"Selain itu terdapat aktiviti berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang telah ditutup," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurutnya, pasukan penguatkuasaan di lokasi kemudian menghubungi pegawai dari pusat kawalan Covid-19 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk arahan selanjutnya.

"Bantuan turut diberikan oleh IPK Selangor dengan menghantar Team Enforcement IPK Selangor," ujarnya.

Seramai 54 individu diberikan notis kompaun bernilai RM2, 000 setiap seorang. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain