suria

Jangan risau, rayuan permohonan BPR dibuka mulai 15 Jun

Sebanyak RM4.6 bilion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada Februari atau Mac dan Mei tahun ini.

PERKHABARAN mengenai tempoh rayuan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai Selasa hadapan hingga 30 Jun ini pastinya memberi kelegaan kepada ramai rakyat di negara kita,

Ia bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP 3.0: PM umum rakyat terjejas dapat tambahan BPR, moratorium turut ditawarkan

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini kerana kerajaan sedar bahawa kemungkinan ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

“Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, ” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Tengku Zafrul berkata, setakat ini, sebanyak RM4.6 bilion bantuan BPR telah disalurkan kepada seramai 8.4 juta penerima B40 seluruh negara pada Februari atau Mac dan Mei tahun ini.

“Bayaran Fasa 3 sebanyak RM2.4 bilion pula akan dibuat pada bulan September ini, ” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan telah memperkenalkan BPR Tambahan sebanyak RM2.1 bilion untuk membantu penerima BPR 2021 sedia ada seperti yang diumumkan dalam Program Pemerkasa+ pada 31 Mei lalu.

Menurut beliau, pemohon yang lulus rayuan BPR ini layak menerima bayaran BPR Tambahan berkenaan dan permohonan rayuan boleh dibuat melalui dua kaedah.

“Kaedah pertama, dalam talian iaitu melalui https://bpr.hasil.gov.my.

“Kaedah kedua, penghantaran borang rayuan BPR 2021 secara manual dan ia dihantar sama ada di cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran secara temu janji sahaja, ” katanya.

Tambahnya, setelah pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos bagi BPR Tambahan dan September bagi BPR Fasa 3. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah