suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangkitan harian menurun, Malaysia catat 5, 304 kes baharu Covid-19

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1, 973 kes baharu.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 5, 304 kes baharu pada Ahad.

Ia menjadikan keseluruhan 657, 508 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 5, 793 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1, 973 kes baharu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia diikuti Sarawak (54) dan Kuala Lumpur (462).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 64 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 3, 908 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 64 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 3, 908 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 8, 163 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 580, 276 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 917 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 452 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain