suria

5, 793 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1, 582 kes.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 5, 793 kes baharu pada Sabtu.

Ia menjadikan keseluruhan 652, 204 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PKP 3.0 disambung 2 minggu lagi

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1, 582 kes.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia diikuti Sarawak (569), Kuala Lumpur (559) dan Perlis (553).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 76 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 3, 844 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 76 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 3, 844 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 8, 334 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 572, 113 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 914 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 459 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain