suria

Apa cerita Ebit Lew? Wisma Putra sedang dapatkan perkembangan terkini

Kementerian Luar sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai Ebit Lew. foto FB Ebit Lew

PERKEMBANGAN terkini mengenai pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew terus menjadi tanda-tanya.

Terbaharu, Kementerian Luar sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: "Bukan mudah nak masuk penjara terbesar dunia" - Rakan NGO percaya Ebit Lew selamat, kongsi pengalaman pernah 36 kali cuba masuk Gaza tapi tak lepas

ARTIKEL BERKAITAN: Apa cerita Ebit Lew bersama 2 treler barang? Rakyat Malaysia di Gaza terima info tiada pergerakan masuk, doa urusan dipermudah - "Kalau tak dapat masuk, harap bantuan sampai"

"Kami sedang periksa (perkembangan Ebit)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada 25 Mei, Ebit Lew dilapor berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kamarudin dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Menurutnya, segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir.

Bagaimanapun, tindakan Ebit Lew tidak mengemas kini laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir menimbulkan kerisauan buat masyarakat negara ini khusus pengikutnya.

Pada Khamis, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahawa Ebit Lew berada dalam keadaan baik setelah berjaya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berikut

Artikel Lain