suria

Fadillah disahkan positif Covid-19, sedang jalani kuarantin di rumah

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto: Izzrafiq Alias/The Star

MENTERI Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Menurut kenyataan tersebut, Fadillah menjalani ujian saringan Covid-19 pada pukul 10.15 pagi Khamis (10 Jun) sebagai rutin yang dibuat oleh Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi menteri positif Covid-19, Rina Harun dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh

"Datuk Seri Fadillah Yusof, disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal malam tadi (Khamis).

"Sebelum ini beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun 2021.

"Datuk Seri Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah mempermudah urusan semua yang terlibat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Beliau akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tiada sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," menurut kenyataan tersebut.

Ia menambah, menteri tersebut akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar sepanjang tempoh kuarantin.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain