suria

Naik semula... Malaysia rekod 6,849 jangkitan baharu, 84 lagi korban

Malaysia merekodkan 6, 849 kes baharu Covid-19 pada Jumaat.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6, 849 kes baharu, menjadikan keseluruhan 646, 411 kes setakat Jumaat.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 78, 864 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 6, 849 kes baharu yang dilaporkan, 6, 845 kes merupakan penularan tempatan dan baki empat kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 5, 671 jangkitan baharu, Selangor rekod jumlah harian tertinggi

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2, 558 kes, diikuti Kuala Lumpur (884), Sarawak (699) dan Negeri Sembilan (685).

Putrajaya pula merekodkan 10 kes pada hari ini, manakala Perlis dengan dua kes.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 84 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3, 768 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 7, 749 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 563, 779 kes.

"Sehingga kini, terdapat 912 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 458 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain