suria

Perhatian! PKP 3.0 disambung 2 minggu lagi

PKP 3.0 disambung selama dua minggu lagi sehingga 28 Jun. -Gambar hiasan

KERAJAAN memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) untuk tempoh dua minggu lagi berkuatkuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini supaya PKP 3.0 dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 minggu ‘total lockdown’ mulai 1 Jun

"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5, 000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam (Khamis) ialah 6, 871.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Senarai positif atau negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini," demikian menurut kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Mengenai senarai tersebut, boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Lain