suria

Pesakit Covid-19 larikan diri, polis buru warga emas

Seorang pesakit Covid-19 melarikan diri sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan. -gambar hiasan foto YAP CHEE HONG/The Star

SEORANG warga emas yang didapati positif Covid-19 kini diburu kerana melarikan diri sebelum dibawa ke Sandakan untuk rawatan lanjut, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, sebelum kehilangan Karim Jikri berusia 69 tahun, pasukan perubatan berkunjung ke rumahnya di Tongod, kira-kira 270 kilometer dari Kota Kinabalu, bagi memaklumkan dia disahkan positif Covid-19.

"Dia diminta untuk bersiap sedia kerana ambulans akan tiba bagi menjemputnya pada tengah hari, dan dia dilihat mula mengemas," katanya pada Isnin.

Beliau berkata, warga emas itu turut dimaklumkan akan dibawa ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Dzulbaharin, kediaman warga emas itu di Kg Kuala Tongod bagaimanapun berkunci sebaik pasukan perubatan tiba pada tengah hari.

"Mereka mengetuk pintu tapi tiada yang jawab, jadi mereka sangka lelaki itu telah pergi sendiri ke klinik daerah," ujarnya.

Bagaimanapun, warga emas itu tidak kelihatan di klinik Tongod dan gagal dihubungi.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat dan warga emas itu kini diburu.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang awam yang mempunyai maklumat untuk segera menghubungi balai polis Kinabatangan atau balai polis terdekat, di talian 089-561890. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain