suria

Terus meningkat! 2,875 jangkitan baharu, Kelantan pecah rekod dahului kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 2,875 kes baharu positif Covid-19 pada Khamis.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,875 kes baharu, menjadikan keseluruhan 384,688 kes setakat Khamis.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 22,014 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 2,875 kes baharu yang dilaporkan, 2,846 kes merupakan penularan tempatan dan baki 29 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia rekod 2,340 kes baharu Covid-19,11 lagi kematian... 248 di ICU

Kelantan merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 662 kes, diikuti Selangor (633), Sarawak (474) dan Kuala Lumpur (332).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,407 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 2,541 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 361,267 kes.

"Sehingga kini, terdapat 248 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 115 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Kelantan

Artikel Lain