suria

Sayu... Ebit Lew sedih lihat air mata bapa menahan sakit, terus doakan semua dapat ziarah orang tua tercinta – “Berat ujian berjauhan mak ayah”

Gambar kiri menunjukkan Ebit berehat di wad ketika menjaga bapanya yang sakit, sementara foto kanan memaparkan Ebit memantau keadaan bapanya. foto FB Ebit Lew

SETIAP manusia tidak dapat lari daripada ujian kehidupan, yang datang tanpa diduga.

Ujian yang datang juga tidak sama, ada yang ditimpa dengan masalah kewangan dan ada yang diuji dengan kesakitan.

Ahli keluarga dan insan tersayang yang sakit juga adalah ujian yang perlu dihadapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sakit, tidur sambil duduk setiap malam... anak segera penuhi hasrat walau baru dibuang kerja - "Dia hantar gambar dalam grup WhatsApp"

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti kerja, balik kampung jaga mak sakit! Video ibu menangis anak nak tinggalkan wad undang air mata - "Pukul 5 pagi saya kena halau"

Begitulah yang dihadapi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang diduga dengan bapanya yang sakit terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di Kelantan.

Tambahan pula seluruh negeri itu dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan kes Covid-19 yang ketara di kebanyakan tempat.

"Dah empat hari di HUSM Kubang Kerian. Belajar banyak saat bersama ayah tercinta. Ayah yang sepanjang hidup takkan mengerang kesakitan. Sakit macam mana pun diam je.

"Tapi bila tengok air matanya menahan sakit, terasa sedih. Ya Allah sembuhkanlah ayahku. Saya ni kalau sakit memang tak tahan. Demam je dah teruk," tulisnya di Facebook milik beliau.



Keadaan kesihatan bapa Ebit (kanan) merosot sejak tiga bulan kebelakangan ini.

Ebit bagaimanapun tidak menjelaskan penyakit yang dialami bapanya, Ibrahim Lew, namun memberitahu kesihatan bapanya berusia 84 tahun itu merosot sejak tiga bulan kebelakangan ini.

Menyedari dirinya sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab termasuk usahanya dalam membantu masyarakat yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Berat ujian jarang dapat bersama mak ayah. Berjauhan. Orang tua bila tak dapat jumpa anak hati mereka jadi sedih sangat. Hati kita ini dididik lembut. Kena raya lagilah sayu dan berat je

EBIT LEW

Namun, Ebit mengakui ujian berat apabila berjauhan dan jarang meluangkan masa bersama ibu bapa masing-masing terutama dengan kekangan dan sekatan ketika pandemik ini.

"Selalu saya sibuk je. Kena PKP ini betul-betul berat ujiannya. Takutkan. Apalah erti dunia ini tanpa dapat menziarahi orang tua tercinta.

"Saya doakan Allah bantu semua dapat ziarah mak ayah masing-masing. Allah angkat segala sakit, ujian wabak dan segala halangan.

"Berat ujian jarang dapat bersama mak ayah. Berjauhan. Orang tua bila tak dapat jumpa anak hati mereka jadi sedih sangat. Hati kita ini dididik lembut. Kena raya lagilah sayu dan berat je," ujarnya.



Luahan Ebit di Facebook.

Beliau mendoakan agar ibu bapa masing-masing diberikan kekuatan dalam menempuh ujian selain menyeru masyarakat berbuat baik kepada keluarga dan insan yang memerlukan.

"Kuatkan seorang ayah, kuat seorang ibu. Tidur di sofa ini buat terfikir banyak perkara. Terasa benarlah dunia ini tiada harganya jika dibandingkan kesihatan orang kita sayang.

"Kerana itu gunakanlah wang ringgit harta untuk buat baik pada keluarga dan orang yang memerlukan," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Ebit turut berdoa agar bapanya yang kini dirawat di HUSM diberikan kesembuhan segera seperti sediakala.

"Ya Allah jika ada pahala untuk apa sahaja saya lakukan saya hadiahkan buat ayah dan mak saya. Berilah kesembuhan buat ayah saya. Kuatkannya kembali," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain